Rabu, April 11, 2012

Selepas kedatangan Islam ke nusantara sekitar abad ke 12, kebanyakkan adab jahiliyyah telah dihapuskan. Ini termasuklah pergaulan tanpa perkahwinan dan cara berpakaian jahiliyyah. lama-kelamaan budaya Islam ini telah meresap kepada masyarakat Islam nusantara dan dikekalkan beratus tahun lamanya. sultan dan ulama-ulama di nusantara telah meneruskan undang-undang Islam. ini terbukti melalui penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang merupakan bukti terawal kedatangan Islam ke Malaysia. walaupun batu bersurat itu adalah batu bersurat abad ke-14, tapi dipercayai kedatangan Islam sudah pun bertapak 200 tahun sebelumnya.

Antara kandungan batu bersurat itu adalah hukuman hudud yang melibatkan hukuman terhadap pelaku zina.

Walaupun berlaku penaklukan Portugis terhadap melaka pada tahun 1511, penaklukan itu hanyalah melibatkan kawasan sekecil melaka dan bukannya keseluruhan semenanjung tanah melayu.

Akhirnya setelah kekalahan kerajaan Islam Bengali pada perang Palashi (1775), maka bermulalah penguasaan british terhadap kawasan-kawasan di nusantara. maka mulalah british menakluki Perak, Pulau Pinang, Terengganu, pahang sepertimana kita tahu penentangan pejuang Islam seperti Tok Gajah, Mat Said dan Tokku Paloh terhadap kerajaan British.

British mula mengurangkan kuasa Islam dan dan menghadkan kuasa sultan kepada agama Islam (yang dimaksudkan ialah ibadah Islam) dan adat istiadat sahaja dan pemerintahan lain dikekalkan kepada British. Kebijaksanaan british berbanding penakluk lain ialah mereka mendidik orang-orang tempatan untuk mengikut jejak langkah (millah) mereka sebelum mereka selesa untuk meninggalkan satu-satu kawasan yang dijajah.

Inilah yang telah diperkatakan oleh Lord Cromer semasa memerintah Mesir. "kita boleh memerdekakan negara-negara Islam tetapi kita tidak akan sekali-kali mebenarkan mereka menubuhkan pemerintahan Islam"

Sebelum memberikan kemerdekaan kepada satu-satu negara Islam, british memastikan bahawa perundangan mesti mengikut cara mereka dan undang-undang Islam dihadkan kepada perkara perkahwinan, faraid dan ibadah sahaja.mereka juga memastikan pendidikan negara mengikut cara mereka termasuk sukatan sejarah dan yang terakhir mereka memastikan orang yang memerintah mestilah anak didik yang mengikut cara mereka. kemerdekaan yang diberikan bukanlah kemerdekaan sepenuhnya.

Akhirnya umat islam yang dahulunya dilindungi dan dikawal oleh undang-undang Islam dari segenap segi kini telah terlepas dari ikatan itu. segala langkah pencegahan kerosakan moral dilakukan hanya oleh individu-individu atau kumpulan-kumpulan kecil. walaupn ada operasi pencegahan kerosakan akhlak yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan, ia hanya dilakukan dalam ruang lengkup yang sangat kecil. pergaulan bebas di universiti, konsert-konsert dan di tempat-tempat awam hanya dibiarkan sahaja bahkan mendapat lindungan dari pihak berkuasa. sekarang kita mula melihat wanita-wanita bertudung mula memasuki program realiti TV, menari, bermain gitar dan bernyanyi dan ini telah banyak mempengaruhi wanita-wanita Islam yang lain.

Sistem co-education (percampuran lelaki perempuan dalam pendidikan) yang diperkenalkan oleh penjajah adalah satu bom jangka yang akhirnya meletup dengan kerosakan akhlak pemuda-pemudi islam sama ada di sekolah menengah dan di universiti. hatta kolej-kolej dan univeriti yang ada perkataan 'islam' pun dengan tidak mereka sedari mengamalkan co-education. sedangkan sistem pendidikan Islam tidak membenarkan percampuran dalam pendidikan. akhirnya universiti bukan lagi tempat untuk belajar ilmu pengetahuan tetapi menjadi tempat perbelajaran kerosakan akhlak. pemuda pemudi Islam yang baik akhlaknya di kampung apabila datang ke universiti mula terpengaruh dan banyak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. akhirnya kita melahirkan guru, jurutera, doktor, arkitek dan profession lain tetapi tidak bermoral.

Era globalisasi yang berkembang dengan terciptanya siaran televisyen dan seterusnya internet telah membawa masuk pelbagai budaya luar kepada masyarakat Islam. kerana setiap hari mereka melihat cara berpakaian dan bergaul yang ditonjolkan dalam televisyen, masyarakat Islam mula terpengaruh dan mengikut budaya asing satu langkah demi satu langkah. saya bersetuju dengan kata-kata syed qutb dalam bukunya ma'alim fittariq yang berkata "perubahan budaya Islam kepada budaya jahiliyyah sudah mengambil proses yang lama. kita sangat faham bahawa untuk kembali kepada islam juga ia akan memakan masa yang lama juga".

Organisasi Islam yang leka

Yang paling menyedihkan ialah organisasi-organisasi Islam hanya membiarkan evolusi (perubahan secara perlahan) ini berlaku. mereka hanyut dalam memfokuskan sesetengah isu dan mengabaikan masalah kerosakan akhlak. ada organisasi Islam yang hanya memfokuskan permasalah politik sahaja. ada organisasi Islam yang memfokuskan permasalahan kebajikan dan pendidikan sahaja. ada kumpulan Islam yang hanya memfokuskan kepada permasalahan bid'ah sahaja. kita belum nampak satupun organisasi Islam yang betul-betul lantang bersuara tentang masalah kerosakan akhlak. walaupun ada beberapa usaha yang dibuat untuk membenteras kerosakan akhlak, ia hanyalah usaha yang kecil dan bersifat tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja dan bukan usaha serius dan berterusan yang dilakukan di seluruh negara sepertmana mereka memfokuskan permasalah politik, bid'ah dan kebajikan.

Persatuan wanita Islam juga lesu dalam permasalahan ini. sebenarnya golongan yang paling layak untuk memperjuangkan permasalahan kerosakan akhlak dengan serius adalah pertubuhan wanita Islam. malangnya kebanyakkan pertubuhan wanita Islam lesu dan hanya mengikut di belakang pertubuhan pemuda Islam. apa yang persatuan pemuda buat, maka mereka akan membantunya dari belakang. ini adalah salah. memang pertubuhan wanita Islam perlu menolong rakan kaum pemuda Islam dalam isu-isu kenegaraan tetapi fokusnya bukan di situ. sepatutnya pertubuhan wanita Islam adalah golongan yang paling lantang dalam menentang kerosakan akhlak dan bukannya terpengaruh dengan gerakan feminisme yang lebih memfokuskan kepada memperjuangkan hak sama rata ala barat dan pengharaman poligami. ini adalah suasana yang memalukan bila pertubuhan wanita islam terpengaruh dengan gerakan feminisme ala barat. mereka berusrah dan bermesyuarat agong tetapi kerosakan pemudi-pemudi Islam dibenteras dengan sekadarnya sahaja.

Permulaan kerosakan Akhlak

Apa yang berlaku sebelum tahun 80an adalah berbeza dengan selepasnya.sebelum itu Tv hanyalah terhad kepada siaran tempatan sahaja.walaupun ada siaran yang mempengaruhi akhlak, ianya tidak dicapai oleh semua penduduk. tetapi apa yang berlaku selepas tahun 80an adalah berbeza. selepas cd dan dvd mula diperkenalkan, filem filem luar yang merosakkan akhlak atau setidak-tidaknya yang menunjukkan pergaulan bebas mula melimpah dan tersebar luas. setelah komunikasi satelite bertambah canggih, tv swasta pula memainkan peranan menyebarkan filem, drama dan video klip musik yang menonjolkan kerosakan akhlak. ditambah pula dengan siaran realiti tv yang mempamerkan pendedahan aurat dan pergaulan bebas termasuk dikalangan golongan yang memakai tudung. 

Kemajuan internet dan perubahan kelajuan internet daripada sistem dail up kepada sistem jalur lebar telah memindahkan banyak budaya asing kepada umat Islam. itu sebabnya perubahan kerosakan akhlak masyarakat Islam lebih cepat berlaku selepas tahun 80an berbanding sebelumnya yang mana teknologi maklumat belum berada di tahap yang tinggi. Sistem pertahanan akhlak negara sememangnya sudah lemah dari dulu lagi. Ia adalah retak menunggu belah. Atau bangunan usang menungggu runtuh. Sistem mencampurkan lelaki dan perempuan dlm sistem pendidikan adalah pemangkin kerosakan akhlak. begitu juga pergaulan bebas lelaki perempuan di tempat kerja.

Kelonggaran terhadap hukuman zina

Kelonggaran sistem undang2 islam dlm menghukum penzina juga yang hanya dibayar denda menolong kepada kerosakan akhlak umat islam. allah maha mengetahui tentang hukum yang paling sesuai bagi penzina. Hanya sebat 100 kali dan rejam smpai mati yg boleh memadamkan nafsu penzina. Denda rm 3,000 jika dibanding dengan nikmat berzina adalah tidak setimpal. pemakaian 'berpakaian tetapi telanjang' yg diamalkan oleh wanita islam hanya dibiarkan sahaja oleh gerakan islam, pemerintah dan juga jabatan islam yg berkuasa. Saya tidak menyalahkan teknologi yang berubah kepada yg lebih canggih. Yg malangnya ialah telah mengalirkan budaya asing yg telah merubah akhlak umat islam secara cepat dan menyeluruh. Sekarang bukan setakat org di bandar yg rosak akhlaknya, masyarakat luar bandar juga menghadapi masalah yg sama. Dalam masa yg sama gerakan islam bagaikan tidak sedar perubahan mendadak yg berlaku kepada umat islam ini. Mereka masih leka memperjuangkan hal lain sedangkan masalah akhlak dijadikan perjuangan nombor 2.

Maruah wanita Islam yang menjunam

Wanita islam mula timbul perasaan dengki melihat wanita belum islam menunjukkan betis, menonjolkan punggung dan buah dada. Mereka ingin menunjukkan kepada dunia bahawa wanita islam juga 'boleh'. Wanita islam 'boleh' memakai seluar jeans ketat sambil menunjukkan bentuk punggung. Wanita islam juga boleh memakai t-shirt ketat saiz budak-budak sambil menonjolkan bentuk buah dada. Sungguh memilukan. Nilai islam yang dipertahankan sejak kedatangan islam seribu tahun dahulu telah luntur baru beberape puluh tahun kebelakangan ini. Bukannya sebab diacukan senjata oleh penjajah, tetapi selendang dan baju labuh terlucut dengan kerelaan hati yang dipengaruhi budaya tidak islam. Wanita islam yang dulu tinggi maruahnya, kini maruahnya telah dijual sedozen sepuluh ringgit.

Wanita islam yang dahulu dilihat sebagai teman hidup kini telah dilihat sebagai objek pemuas nafsu. Lelaki mungkin boleh disalahkan tetapi tidak boleh disalahkan 100%. Wanita islam juga menyumbang kepada imej ini. Nilai mereka yang semakin murah seperti barangan yang dilambak di pasar malam. boleh disentuk, dibelek dan di cuba sebelum dibeli. Dan setelah dicuba tetapi tidak berkenan, boleh ditinggalkan dan dicuba yang lain pula. Akhirnya maruah wanita muslim menjadi sama seperti wanita barat. jika seorang lelaki memandang saudari dalam keadaan 'berpakaian tetapi telanjang', adakah dia memandang dengan pandangan hormat kepada saudari sebagai seorang insan atau pandangan bernafsu? sebelum kita mahu orang lain menghormati kita, adakah kita menghormati diri kita sendiri?

Mesej jika berpakaian tetapi telanjang

Rasulullah pernah bersabda dan membuat ramalan apa yang akan berlaku di akhir zaman :

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Jika saudari berseluar ketat sampai nampak bentuk punggung dan berbaju sendat hingga nampak bentuk buah dada, apakah mesej tidak langsung saudari sampaikan kepada lelaki?

Bagi lelaki tidak kira bangsa apa atau negara mana mesej yang cuba disampaikan ialah wanita itu 'gersang'. kerana hanya wanita 'gersang' sahaja yang akan menunjukkan bentuk tubuhnya di khalayak ramai. Ini mesej global yg difahami oleh semua lelaki. Tanyalah mana-mana lelaki, mereka akan memberi jawapan yang sama kecuali lelaki yang tidak menjawab dengan jujur atau mungkin kurang kelakiannya.

Dan semua lelaki faham bahawa mereka perlu menyirami tanah yang gersang supaya tanah itu subuh dan menumbuhkan pepohon nan rendang. ini adalah keinginan yang diletakkan ke dalam jiwa kaum adam sejak dulu lagi. Rasa tanggungjawab untuk mnyirami tanah yg gersang tidak bermaksud mahu memiliki tanah itu. Selepas disirami, mereka (lelaki yang tidak bertanggungjawb) akan mencari tanah gersang lain pula untuk disirami. Tanah yang disirami dan pohon yang tumbuh sesudahnya bukanlah tanggungjawab mereka kerana tidak ada perjanjian jualbeli sebelum proses penyiraman dan pembajaan dilakukan.

Sahabat mungkin berkata perumpamaan yang saya berikan ini tidak sesuai. Tapi perumpamaan ni adalah terbaik dan paling bersopan kerana al-Quran juga dalam membicarakan topik seks sebegini, Allah S.W.T. juga menggunakan tanah sebagai perumpamaan.

"Isteri-isteri kamu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

Akhlak: Sejarah dan Kerosakannya

Read More