Isnin, April 27, 2015

Masyarakat dunia hari ini melihat Islam adalah agama 'terrorist' hingga lupa akan fakta sejarah. Bahkan mereka yang pernah melakukan jenayah perang dianggap sebagai wira dan pembunuhan mereka didiamkan dari telinga-telinga 7 billion penduduk dunia.

Fakta Sejarah:
Individu yang telah melakukan pembunuhan manusia paling besar dalam sejarah;

1) Hitler
Beliau merupakan penganut agama Kristian.

2) Joseph Stalin
Telah membunuh 20 juta orang termasuk 14.5 juta dibiar kelaparan hingga mati. Bekas penganut Georgian Ortodok dan kemudian tidak menganut mana-mana agama.

3) Mao Tse Tsung (China)
Telah membunuh 14 hingga 20 juta manusia. Tidak menganut agama.

4) Benito Mussolini (Italy)
Telah membunuh 400 ribu manusia. Perdana Menteri Italy ke-27. Merupakan seorang Ateis.

5) Ashoka
Telah membunuh 100 ribu manusia dan telah mengusir 150 ribu orang ketika perang Kalinga (260 sebelum Masihi). Merupakan penganut agama Hindu kemudian bertukar kepada Buddha.

6) George Bush di Iraq

Sekatan yang diletakkan oleh George Bush di Iraq. Setengah juta kanak-kanak telah dibunuh di Iraq tanpa masyarakat dunia ketahui. Sekatan yang diletakkan oleh George Bush di Iraq.



Peperangan Terbesar

1. Perang Dunia Pertama, 17 juta terkorban
(dicetus oleh non-Muslim)

2. Perang Dunia Kedua, 50-55 juta terkorban
(dicetus oleh non-Muslim)

3. Ledakan Bom Atom Nagasaki, 200,000 orang terkorban
(dicetus oleh non-Muslim)

4. Perang  Vietnam, lebih 5 juta orang mati
(dicetus oleh non-Muslim)

5. Perang Bosnia/Kosovo, lebih 500,000 orang mati
(dicetus oleh non-Muslim)

6. Perang di Iraq , hingga kini 12,000,000 kematian
(dicetus oleh non-Muslim)

7. Afghanistan, Iraq, Palestin, Burma dan lain-lain
(dicetus oleh non-Muslim)

8. Perang Cambodia 1975-1979, hampir 3 juta kematian
(dicetus oleh non-Muslim)


Masyarakat dunia hari ini takut dengan perkatan ‘Jihad’. Jihad adalah perkataan arab yang berasal dari ‘Jahada’ bermaksud ‘berusaha’. Berusaha melawan kekejaman dan berusaha untuk keadilan. Jika secara umumnya, berusaha menuntut ilmu juga termasuk dalam maksud jihad. Ia bukan bermaksud membunuh manusia tidak bersalah!


Sumber:

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Holocaust
http://en.wikipedia.org/wiki/Joseph_Stalin
http://en.wikipedia.org/wiki/Ashoka
http://en.wikipedia.org/wiki/Benito_Mussolini#Religious_views
http://www.globalissues.org/article/105/effects-of-sanctions
http://en.wikipedia.org/wiki/Mao_Zedong

Islam Is Not A Terrorist

Read More

Sabtu, April 18, 2015



Sejarah yahudi mencatatkan perjalanan sejarah yang panjang dan penuh dengan peristiwa dan kejadian. Melalui tempoh ratusan tahun, melintasi zaman ke zaman, perpindahan tamadun ke tamadun, perubahan demi perubahan dan seterusnya wujud hingga hari ini. Dengan itu, sejarah ini perlu di jelaskan bermula peristiwa penghijrahan Ya'qub AS bersama anak-anaknya ke Mesir dan kemudian kembali semula ke Jerusalem yang kemudian dimusnahkan oleh Titus yang merupakan seorang pemimpin Rom pada tahun 70 masihi.

Para pengkaji mengatakan, jika ingin menjelaskan berkenaan agama Yahudi, maka perlu kembali melihat sejarah bangsanya. Adalah mustahil untuk memahami agama yahudi tanpa menelusuri sejarahnya. Boleh dikatakan memahami sejarahnya adalah kunci kepada memahami agama Yahudi. Justeru, adalah tidak wajar untuk kita bahaskan tentang Yahudi setelah zaman yang mendakwa mereka adalah bangsa terpilih oleh Allah selepas 1300 tahun selepas zaman Ibrahim AS dan keimanan mereka menanti kedatangan al-Masih.1

Keluarga Ya'qub

Ya'qub AS merupakan seorang nabi, anak kepada Ishaq AS, cucu kepada Ibrahim AS dan bapa saudaranya Ismail AS. Beliau mempunyai 12 orang anak, seorang darinya adalah Yusuf AS. Itulah silsilah lima nabi dalam satu nasab yang merupakan keluarga yang dimuliakan Allah. Allah telah menyampaikan berita baiknya melalui malaikat kepada Sarah, isteri Ibrahim dengan kelebihan nikmat ini dalam ahli keluarganya. Dengan itu Allah melahirkan Ishaq AS melalui rahim Sarah yang menjadi silsilah keturunan bani Yahudi walaupun Sarah merupakan wanita tua yang dilihat mustahil untuk melahirkan anak.2

"Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia tersenyum, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya'qub. - Isterinya berkata: "Sungguh mengherankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamikupun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh". - Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".3 

Rasulullah SAW telah memuliakan silsilah keluarga ini dengan keberkatan dan kemuliaan.  

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَكْرَمُ النَّاسِ قَالَ أَتْقَاهُمْ فَقَالُوا لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ قَالَ فَيُوسُفُ نَبِيُّ اللَّهِ ابْنُ نَبِيِّ اللَّهِ ابْنِ نَبِيِّ اللَّهِ ابْنِ "خَلِيلِ اللَّه

Dari Abu Hurairah RA; " Rasulullah SAW ditanya; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling mulia?". Beliau menjawab: "Orang yang paling taqwa". Mereka berkata; "Bukan itu yang kami tanyakan". Beliau berkata: "Kalau begitu Yusuf Nabi Allah, putera dari Nabi Allah putera Khalilullah (kekasih Allah, Ibrahim AS) ".4
                                                                                                   Riwayat Bukhari dan Muslim



Menurut penganut Yahudi, Ibrahim AS telah membuat perjanjian dengan tuhan Yahweh bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi keberkatan sekiranya mereka kekal beriman dengan Yahweh. Kemudian perjanjian ini diulangi oleh Ishaq dan Ya'aqub. Oleh sebab Ishaq dan Ya'aqub berasal dari bangsa Yahudi, mereka percaya mereka adalah bangsa pilihan yang dipilih untuk nelaksanakan tugas khas dan memimpin manusia. Sebagai balasan, mereka mendapat kecintaan dan perlindungan dari tuhan Yahweh. Justeru, mereka hanya mengakui para nabi yang lahir dari bangsa Yahudi saya dan menolak nabi yang lahir selainnya.

Ya'aqub diberi gelaran 'Israel' yang berasal dari gabungan dua perkataan yang berasal dari bahasa Ibrani, 'Isra' yang bermaksud hamba dan 'el' bermaksud tuhan. Ya'qub di digelar sebagai hamba tuhan dan bapa bagi bangsa Yahudi.5 Al-Quran menggunakan gelaran Israel ini bagi Ya'qub AS.

"Semua makanan adalah halal bagi Bani Israel melainkan makanan yang diharamkan oleh Israel (Ya'qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah: "(Jika kamu mengatakan ada makanan yang diharamkan sebelum turun Taurat), maka bawalah Taurat itu, lalu bacalah dia jika kamu orang-orang yang benar".6

Ayat ini diturunkan ketika Nabi SAW didatangi oleh yahudi untuk menguji yang bertanyakan apa yang diharamkan oleh Ya' qub AS keatas dirinya sendiri.

"قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ حَضَرَتْ عِصَابَةٌ مِنْ الْيَهُودِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا يَا أَبَا الْقَاسِمِ حَدِّثْنَا عَنْ خِلَالٍ نَسْأَلُكَ عَنْهُنَّ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا نَبِيٌّ فَكَانَ فِيمَا سَأَلُوهُ أَيُّ الطَّعَامِ حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ قَبْلَ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ قَالَ فَأَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ التَّوْرَاةَ عَلَى مُوسَى هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ إِسْرَائِيلَ يَعْقُوبَ عَلَيْهِ السَّلَام مَرِضَ مَرَضًا شَدِيدًا فَطَالَ سَقَمُهُ فَنَذَرَ لِلَّهِ نَذْرًا لَئِنْ شَفَاهُ اللَّهُ مِنْ سَقَمِهِ لَيُحَرِّمَنَّ أَحَبَّ الشَّرَابِ إِلَيْهِ وَأَحَبَّ الطَّعَامِ إِلَيْهِ فَكَانَ أَحَبَّ الطَّعَامِ إِلَيْهِ لُحْمَانُ الْإِبِلِ وَأَحَبَّ الشَّرَابِ إِلَيْهِ أَلْبَانُهَا فَقَالُوا اللَّهُمَّ نَعَم,"

Abdullah bin Abbas berkata; Sekelompok orang Yahudi datang menemui Rasulullah SAW lalu mereka berkata; "Wahai Abul Qasim, Sampaikan kepada kami tentang perkara-perkara yang akan kami tanyakan kepadamu, tidak ada yang mengetahui seorang pun kecuali seorang Nabi." Dan di antara yang mereka tanyakan adalah; "Makanan apa yang diharamkan oleh Israil terhadap dirinya sendiri sebelum diturunkannya Taurat." Beliau menjawab: "Aku persumpahkan kalian kepada Allah yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, apakah kalian tahu bahwa Israil Ya'qub AS menderita sakit yang parah, dan sakitnya itu berlangsung cukup lama. Lalu ia bernazar kepada Allah dengan suatu nazar, jika Allah menyembuhkannya dari penyakitnya, maka ia akan mengharamkan minuman dan makanan yang paling disukainya. Makanan yang paling disukainya adalah daging unta, sedang minuman yang paling disukainya adalah susunya." Mereka pun berkata: "demi Allah, benar." 7
                                                                                        Riwayat At-Tirmidhi dan Abu Daud









[1] Muhammad Ahmad Al-Khatib, Muqaranah Adyan, Darul Massirah, Amman, Cetakan 3, 2014, hlm. 55
[2] Solah Al-Khalidi, al-Qasasul Qur'ani, Darul Qalam, Damsyik - Syria, Juz. 2, hlm. 45
[3] Al-Quran, Hud 71 - 73
[4] Bukhari, Sahih Al-Bukhari, No. 3353. Muslim, Jami’ Sahih Al-Muslim, No. 2378
[5] Solah Al-Khalidi, Qasasul Qur’ani, hlm. 51
[6] Al-Quran, Āli `Imrān : 93
[7] Solah Al-Khalidi, Qasasul Qur’ani, 55
Dr. Solah Al-Khalidi berkata, hadith ini adalah menjelaskan ayat al-Imran 93, tetapi sebab penurunannya adalah untuk surah Al-Baqarah ayat 97 - 100.

Silsilah Keluarga Nabi Ya'qub A.S

Read More

Khamis, April 09, 2015



Emas, perak dan wang/duit termasuk kategori zakat asman (الأثمان) iaitu zakat bagi komoditi yang bernilai sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Quran dan Sunnah.

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa Allah”1

Hadith dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلَا فِضَّةٍ لَا يُؤَدِّي مِنْهَا حَقَّهَا إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ فَأُحْمِيَ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبِينُهُ وَظَهْرُهُ كُلَّمَا بَرَدَتْ أُعِيدَتْ لَهُ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ

"Siapa yang mempunyai emas dan perak, tetapi dia tidak membayar zakatnya, maka di hari kiamat akan dibuatkan untuknya seterika api yang dinyalakan di dalam neraka, lalu diseterikakan ke perut, dahi dan punggungnya. Setiap seterika itu dingin, maka akan dipanaskan kembali lalu diseterikakan pula padanya setiap hari-sehari selama lima puluh tahun (di dunia) hingga perkaranya diputuskan. Setelah itu, barulah ia melihat jalannya keluar, adakalanya ke syurga dan adakalanya ke neraka." 2
Riwayat Muslim

Daripada Amru Bin Syu'ib bahawa Nabi SAW bersabda:

ليس في أقل من عشرين مثقالا من الذهب، ولا من مائتي درهم صدقة
Tidak kurang daripada dua puluh mithqal (dinar) daripada emas, tidak pula dua ratus dirham sedekah (zakat)3
Riwayat Abu Ubaid dan Al-Daraqutni


ZAKAT EMAS

Diwajibkan zakat bagi emas yang mencapai nisabnya sebanyak 20 dinar emas.  Sedinar emas semasa bersamaan dengan 4.25 gram. Maka dengan itu,  nisab bagi emas dalam gram adalah sebanyak 4.25g x 20 dinar = 85 gram emas. Jika mencapai berat ini,  maka wajib bagi seseorang akan kewajipan zakat emas. Manakala jika kurang dari jumlah berat ini,  tidak diwajibkan baginya mengeluarkan zakat.4

Berikut adalah formula bagi pengiraan zakat:

▶ Nisab = 85 gram atau lebih
▶ Haul (Kadar) = 2.5%

CONTOH :

Muhammad memiliki simpanan emas sebanyak 205 gram. Harga emas segram ketika itu berharga RM140.8. Selepas mendapati simpanan emasnya telah mencapai tempoh yang diwajibkan zakat, kira zakat yang perlu dikeluarkan oleh Muhammad.

*Berat 205 gram
*Nisab 85 gram
*Haul 2.5%
*Harga RM140.8/gram

205g × 2.5% = 5.125g
5.125g × RM140.8 = RM721.60

Kadar yang diwajibkan zakat RM721.60


ZAKAT PERAK

Perak juga termasuk dalam harta yang dikenakan zakat seperti emas. Sedirham perak semasa bersamaan dengan  2.975 gram. Maka dengan itu,  nisab bagi perak dalam gram adalah sebanyak 2.975g x 200 dirham = 595 gram perak.

Berikut adalah formula bagi pengiraan zakat perak.

▶ Nisab = 595 gram
▶ Haul (Kadar) = 2.5%

CONTOH :

Khadijah memiliki simpanan perak sebanyak 530 gram. Harga perak segram ketika itu berharga RM2.09. Selepas mendapati simpanan emasnya telah mencapai tempoh yang diwajibkan zakat, kira zakat yang perlu dikeluarkan oleh Khadijah.

*Berat 530 gram
*Nisab 595 gram
*Haul 2.5%
*Harga RM2.09/gram

Tidak diwajibkan kerana jumlah simpanan perak tidak mencapai nisab.


Bagi perbahasan mengenai zakat wang kertas/duit akan dibahaskan dalam bab seterusnya kerana terdapat perbahasan yang panjang dikalangan ulama terhadap kewajipannya kerana zakat asman pada zaman Nabi SAW yang digunakan sebagai wang hanya emas dan perak.








[1] Al-Quran, At-Taubah : 34
[2] Muslim, Sahih Muslim, No. 1647
[3] Disahihkan oleh Albani dengan merujuk kitabnya Al-Irwa' Al-Ghilal Fi Takhrij Ahadith Manar As-Sabil, No. 813
[4] Saiduddin Muhammad Al-Kabi, Al-Wajiz Al-Muqaran fi Ahkam Az-Zakat wa As-Siyam wa Al-Hajj, Maktab Al-Islami, Beirut-Lubnan, 2010, Hlm. 28

Pengiraan Zakat Emas dan Perak

Read More

Rabu, April 08, 2015



Al-Quran dan hadith Nabi SAW jelas menunjukkan pengharaman dan larangan bagi persetubuhan antara suami dan isteri ketika haid. (Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci).1

Diriwayatkan oleh Saidatina A'isyah, Nabi bersabda:

كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُنِي فَأَتَّزِرُ فَيُبَاشِرُنِي وَأَنَا حَائِضٌ
Rasulullah SAW pernah menyuruh kepadaku memakai kain dan aku laksanakan lalu beliau menyentuhkan badannya kepadaku sedangkan aku sedang haid.2

Jelas dari dalil tersebut menunjukkan larangan kepada hubungan persetubuhan sahaja dan tidak pada perkara lain bersama wanita haid. Ini berbeza dengan agama Yahudi yang melarang dari umatnya untuk berdampingan dengan wanita yang haid dalam semua sudut termasuk persetubuhan, tinggal bersama dan mengasingkan mereka ketika makan.
Diriwayatkan dari Anas:

أَنَّ اَلْيَهُودَ كَانُوا إِذَا حَاضَتْ اَلْمَرْأَةُ لَمْ يُؤَاكِلُوهَا
Sesungguhnya orang yahudi jika ada seorang perempuan di antara mereka yang haid mereka tidak mengajaknya makan bersama. Maka Nabi SAW bersabda: Kerjakanlah segala sesuatu kecuali bersetubuh.3


Perbezaan Syariat Agama Terhadap Persetubuhan Dengan Wanita Ketika Haid4

YAHUDI

Sebagaimana hadith riwayat daripada Anas yang menyatakan Yahudi Madinah ketika itu menjauhi wanita yang haid kerana badan dan pakaian wanita mereka adalah najis.  Berus mereka (berus yang digunakan untuk membasuh) juga adalah najis. Larangan untuk bernikmat-nikmat bukan hanya pada persetubuhan sahaja tetapi disemua perkara.5

KRISTIAN

Syariat agama Kristian terhadap persetubuhan dengan wanita ketika haid pula adalah halal bagi mereka samaada bernikmat-nikmat dengan anggota lain mahupun melalui faraj. Amalan persetubuhan ketika haid memberikan kesan  dan kemudaratan yang akan dijelaskan selepas ini.

HINDU


Perempuan yang haid adalah kotor dan tidak boleh memasuki kuil Hindu dan mesti menjauhkan diri dari ritual ibadat keagamaan. Tiada larangan bagi mengadakan hubungan persetubuhan.


BUDDHA


Perempuan yang haid adalah dianggap sebagai proses biasa didalam badan. Tiada halangan didalam agama Buddha bagi perempuan haid termasuklah mengadakan hubungan persetubuhan. Namun, terdapat beberapa tokong Buddha yang tidak membenarkan perempuan yang haid memasuki tokong kerana terdapat pada ajaran Hindu Sidharta Gautama Buddha juga berasal dari agama Hindu. 


ISLAM


Islam adalah adalah agama pertengahan diantara amalan melampau dan bermudah-mudahan.  Agama yang adil dalam semua perkara. Haid adalah darah kotor yang mengalir melalui faraj. Maka ianya adalah najis hanya dibahagian faraj. Justeru, diharuskan bernikmat-nikmat dengan wanita yang haid kecuali di bahagian antara lutut dan pusat.

Sabda Nabi SAW:

اِصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا اَلنِّكَاحَ
Kerjakanlah segala sesuatu kecuali bersetubuh.6


Kesan Persetubuhan Ketika Haid

Kajian telah mendapati bahawa aliran haid mengandungi bahan-bahan toksik yang boleh memudaratkan jika ia masuk ke dalam tubuh lelaki atau dihalang laluan aliran dari tubuh wanita. Ini boleh terjadi apabila mengadakan persetubuhan manakala wanita sedang mengalami kitaran haid. Oleh itu, hubungan intim semasa haid boleh menyebabkan lelaki dan wanita menghidap pelbagai jenis penyakit dan jangkitan penyakit melalui darah hingga membawa maut.7

Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut.8

Sebuah kajian melaporkan, menjauhi hubungan persetubuhan ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita. Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.9










1 Al-Quran, Al-Baqarah, 2: 222
2 Bukhari, Sahih Al-Bukhari,  No. Hadith 300 dan Muslim, Sahih Muslim, No. Hadith 293
3 Muslim, Sahih Muslim, No. Hadith 302
4 Abdullah Bin Abdurrahman Al-Bassam, At-Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Arab Saudi: al-Musthafa, 1989
Leviticus 12:1-6
6 Muslim, Sahih Muslim, No. Hadith 302
7 African Journal of Reproductive Health, Vol. 8, No. 2, Aug. 2004 pp. 55-58
8 Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi ke-2), PTS Publications & Distributors, 2006 , Hlm. 143
9 Laporan kajian oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan Ke-11 Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995.


Antara Agama: Syariat Bagi Persetubuhan Dengan Wanita Haid

Read More

Selasa, April 07, 2015



Sesungguhnya telah tertulis dalam ayat kitab suci bagi umat Islam kisah-kisah Allah dan Rasul-Nya terhadap anjuran dan seruan supaya umatnya berdialog, berdebat dan bertukar buah fikiran dengan hujah-hujah yang benar.

Allah juga telah menunjukkan contoh yang sangat agung bagi seruan kepada berdialog dan berhujah dalam kisah Allah dengan iblis. Bahkan Allah mengabulkan permintaan iblis untuk terus wujud hingga kiamat.

Didalam sirah juga, kita akan menjumpai kisah yang menunjukkan contoh dialog dan mengutarakan hujah dalam perjalanan menyampaikan seruan dakwah para nabi sebagaimana yang dicatatkan dalam Al-Quran melalui kisah Nabi Nuh A.S (Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujah-hujah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".Hud 11:32) dan Nabi Ibrahim A.S (Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Al-Baqarah 2:258) yang berdialog dan berdebat dengan kaumnya dalam menyampaikan dakwah yang benar.

Nabi Muhammad sebagai pembawa risalah dan qudwah juga menunjukkan kisah realiti baginda berkomunikasi sesama manusia. Pada sirah Nabi, terlihat metod intelek anjuran bagi umatnya berhujah, berdialog dan berdebat secara logik sebagai manusiawi dengan individu lain terutamanya dengan tokoh agama lain sebelum Islam.

Peristiwa hijrah Nabi SAW ke Madinah menjadi titik penting yang jelas dalam membentuk sistem negara yang menerima toleransi masyarakat majmuk pelbagai agama, kaum dan kumpulan. Penerimaan masyarakat Islam terhadap penduduk Yahudi dari kaum Nadhir, Qainuqa' dan Khuraizhah membentuk perlembagaan yang menjamin hak dan kerakyatan pelbagai agama menjadi hujah pengiktirafan Islam terhadap agama lain dalam kewujudan sesebuah masyarakat.

Konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai agama, kaum dan etnik adalah menjadi satu keperluan untuk bertoleransi bagi mewujudkan kesepaduan dalam pembinaan negara sebagaimana yang dituntut oleh semua agama terutamanya Islam.

Perbezaan agama mempengaruhi perbezaan cara hidup penganutnya. Justeru, keperluan untuk memahami selain agama yang dianuti juga perlu dalam mengukuhkan hubungan, bertoleransi dan menghormati hak-hak mereka sebagai warganegara Malaysia.

Hari ini, ilmu berkenaan perbezaan agama menjadi satu cabang ilmu yang penting. Hinggakan tiada satu universiti di timur mahupun barat yang tidak mempunyai subjek perbezaan agama. Kesedaran masyarakat dunia terhadap keperluan toleransi agama dalam memelihara keamanan menjadikan ia cabang ilmu penting dalam pendidikan setiap individu terutamanya pelajar pengajian Islam dan teologi.

Maka dengan penulisan ini, diharap mampu membuka pintu fikir dan memahami dengan lebih terperinci berkenaan manhaj dan matlamat setiap agama daripada sumber ilmiah. Sebagai manusiawi, akan lahir dari naluri untuk mencari kebenaran dan hakikat sesuatu.

Penulisan ini akan membicarakan topik mengikut pembahagian utama berikut;

Bahagian 1: Maksud Agama
Bahagian 2: Agama Samawi
Bahagian 3: Agama Wad'ie
Bahagian 4: Hakikat Manusia

Semoga dengan penulisan ini mendapat keberkatan disisi Allah SWT dalam memberi kefahaman pada para pembaca terutamanya umat Islam sebagai wasilah menyampaikan kebenaran yang hakiki kepada agama lain terhadap kebenaran Islam.


Keperluan Mempelajari Perbezaan Agama

Read More

Isnin, April 06, 2015


Jika telah mati seseorang manusia dan ia meninggalkan harta, maka terdapat beberapa hak yang perlu dipenuhi dengan harta tersebut. Terdapat empat hak yang berkaitan dengan harta si mati.
1. Penyelenggaraan mayat
2. Hutang
3. Wasiat
4. Hak perwarisan harta

Berikut akan diperjelaskan secara terperinci berkenaan hak-hak terhadap harta setelah meninggalnya si mati beserta pandangan ulama' terhadap keutamaan dalam menyelesaikan hak tersebut.

PENYELENGGARAAN MAYAT

Penyelenggaraan terhadap si mati termasuklah daripada menyediakan peralatan yang diperlukan samaada kain kafan, bahan menyuci, proses  memandikan, mengkafankan dan menanam mayat hingga selesai. Tuntutan untuk menyelenggara mayat hingga dikuburkan adalah wajib berdasarkan dalil-dalil yang thabit.

Ulama' berbeza pendapat dalam menyusun tertib keutamaan samaada didahulukan penyelenggaraan atau hutang kerana kedua-duanya adalah darurat untuk dilaksanakan.

1. Ibnu Hazm az-Zahiri berpandangan, hutang didahulukan daripada proses penyelenggaraan si mati adalah penting kerana ia adalah salah satu bentuk dari hutang. (al-Muhalla Ibnu Hazm 9/252)

2. Ulama' jumhur yang terdiri daripada al-Hanafiyyah, as-Syafi'eyyah dan al-Malikiyyah pula berpandangan diutamakan hutang a'ini daripada penyelenggaraan mayat. (Rad al-Muhtar 6/759, al Manhaj Lil Nawawi ma'a Mughni al-Muhtaj 3/4 Nihayah al-Muhtaj 6/7, al-Syarah al-Kabir ma'a Hasyiah ad-Daisuqi 4/457)

3. Imam Ahmad Bin Hanbal pula berpandangan didahulukan penyelenggaraan keatas hutang dalam semua bentuk kerana menyelenggara si mati adalah keperluan yang dharuri yang tidak boleh diabaikan. (al-Azab al-Faidh 1/13)

Kebanyakan ulama' mengutamakan urusan menyelesaikan hutang sama ada secara keseluruhan pada pandangan Ibnu Hazm ataupun hutang a'ini disisi jumhur kerana melihat kepada realiti masyarakat yang bermudah-mudah dalam urusan kebiasaan mereka dalam menyegerakan bagi seseorang yang meninggal dunia tanpa melunaskan hutang berbanding urusan menyelenggara mayat yang merupakan adat perlu diingatkan. (al-Wadih fil Mirath hlm.12)

Bab berkenaan jenis hutang akan dijelaskan dalam bab yang berikutnya.















Hak-Hak Yang Berhubung Dengan Harta Setelah Mati

Read More

Sabtu, April 04, 2015





KONSEP PELAKSANAAN GST 6% DI MALAYSIA 


A. KONSEP

1. Pengeluar (Kilang)
Kos (bahan yg dibeli) RM100 + kredit GST 6% = RM6*
Jumlah yg dibayar RM106
Jual produk RM 150
Keuntungan RM50 (debit)

2. Pengedar 
Kos (produk yg dibeli) RM150 + kredit GST 6% = RM9*
Jumlah yg dibayar RM159
Jual produk RM200
Keuntungan RM50 (debit)

3. Peruncit
Kos (produk yg dibeli) RM200 + kredit GST 6% = RM12*
Jumlah yg dibayar RM212
Jual produk RM250
Keuntungan RM50 (debit)

4. Pembeli
Kos (produk yg dibeli) RM250 + kredit GST 6% = RM15
Jumlah yg dibayar RM265

*Jumlah yang diklaim dan jika ada lebihan dari kutipan akan dipulangkan semula pada kerajaan.

Cara kiraan klaim dan pemulangan kepada kerajaan.

1. Pembeli membayar RM15 GST kepada Peruncit. Peruncit akan mengklaim kos yg dikeluarkan sebelum ini yang dibayar kepada Pengedar sebanyak RM12.
RM15 - RM12 = RM3 (dipulang kepada kerajaan)

2. Peruncit membayar RM12 GST kepada Pengedar. Pengedar akan mengklaim kos yg dikeluarkan kepada Pengeluar sebanyak RM9.
RM12 - RM9 = RM3 (dipulangkan kepada kerajaan)

3. Pengedar membayar RM9 GST kepada Pengeluar. Pengeluar akan mengklaim kos yg dikeluarkan kepada pihak sebelumnya sebanyak RM6.
RM9 - RM6 = RM3 (dipulangkan kepada kerajaan)

Bagi jumlah yang dibayar oleh sesuatu pihak lebih tinggi kreditnya berbanding debitnya, maka akan diklaim terus dari kerajaan.

Contoh:
Debit RM6
Kredit RM9


RM6 - RM9 = RM -3 (diklaim terus kepada kerajaan)


B. RESPON

1. Konsep percukaian GST adalah lebih baik dan cekap berbanding SST 16% yg dilaksanakan sebelum ini tanpa menafikan kebaikannya. Tetapi dalam kondisi kemasukan aliran masuk kewangan negara masih gagal diurus dengan baik seperti pendapatan Petronas dan lain lain.
2. Pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% pada semua yg berpendapatan melebih RM2500 bulanan yang hanya meliputi 11% rakyat Malaysia akan membebankan 89% lagi rakyat yang sebelum ini tidak dikenakan cukai pendapatan.
3. Jurang pendapatan per kapita negara yang masih rendah membuatkan pelaksanaan 6% GST membebankan majoriti rakyat yang masih berpendapatan rendah dan terpaksa bertarung untuk sektor bebanan yang lain apabila ditambah dengan bebanan GST.
4. Terdapat masih banyak sumber lain dan keborosan pemerintah yang tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya menyebabkan rakyat dipaksa bersama sama menanggung bebanan hutang negara sebanyak RM700 billion.
5. Penjaja dan peniaga kecil yang dikelaskan sebagai 'exempt supply' akan menghadapi tekanan diatas bebanan membeli barangan dgn kos GST dan terpaksa menjual dengan harga biasa tanpa dapat mengklaim GST. Justeru akan menyebabkan meningkatan harga secara tidak langsung. Akibatnya pembeli terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih dan menguntungkan pihak yang sedia telah kaya.
6. Pelaksanaan GST kepada keseluruhan rakyat amat sesuai dilaksanakan apabila jurang dan peningkatan ekonomi rakyat meningkat dan seiring dengan prestasi negara dalam sektor pemerintahan harta negara, ekonomi dan sebagainya.


Konsep Pelaksanaan GST Di Malaysia

Read More