Kisah benar ini berlaku di
US.
Ia tentang seorang wanita dari
Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak
yang bagus.
Suatu malam perempuan ini
dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia
mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalana yang diambil pula agak
tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa
itu.
Disebabkan hari yang agak sudah
lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak
gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang
lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia
sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu
adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia
baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia
disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki
itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.
Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat
sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini
terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang
lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya
10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki
kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus
ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti
suspek melalui kawad dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat
bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga
kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong
tersebut walhal dia keseorangan di masa itu. Tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi
dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum
hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu.
“Why don’t you do anything to me
on that night even though you know that
I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat
saya malam tu walaupun awak tau saya
seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That
night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side. If you
were alone of course you will be my
victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki
berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak
dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu,
sudah pasti awak jadi mangsa
saya.)
Wanita ni rasa amat terkejut bila
dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur
ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam
itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : Moral cerita ini.
Jika kita sebagai hambaNya
menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya
akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi
pertama tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang
menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki
yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya
yang sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang siapa membaca
ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat
al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan
kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr
r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat
sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat
pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya
percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA
semoga kita sentiasa dipeliara
Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.
0 ulasan:
Catat Ulasan