Memaparkan catatan dengan label Hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hikmah. Papar semua catatan

Khamis, Februari 13, 2014

Beberapa tempoh yang lalu, saya menghadiri tazkirah buat para penuntut ilmu yang disampaikan oleh Syeikh Mustafa Syaibani, a’lim yang berasal negara Mauritania. Beliau membangkitkan rasa semangat dan bara untuk mencintai ilmu buat para penuntut dengan mendekatkan diri dengan segala bentuk ilmu dan tidak ketinggalan walau sehari. Sempat beliau menitipkan tips untuk mengekalkan ilmu didada.

1. Usaha

Berusaha untuk berdampingan dengan buku, majlis ilmu dan a’lim ulamak. Berusaha untuk mengisi masa dengan sesuatu yang menghasilkan input baru dalam minda.

2. Berdoa

Berdoa secara jelas memohon dengan penuh rendah diri. Jika inginkan difasihkan berbahasa arab, pinta secara jelas supaya difasihkan berbahasa arab dan sebagainya. Juga berdoa supaya ilmu itu kekal dalam ingatan dan bermanfaat.

3. Mengulangi apa yang dipelajari

Ulangi bacaan walau hanya sepotong hadith. Syeikh juga memberi contoh supaya mengulangi apa-apa yang dibaca dalam setiap perjalanan kita samaada ke masjid mahupun ke kelas. Setiap ulangan itu bisa terpaut dalam ingatan.

4. Berbincang bersama teman

Setelah menuntut ilmu atau membaca, kongsikan bersama teman atau mengulangkaji bersama supaya apa yang dilazimi kekal dalam ingatan kita. Sempat juga Syeikh memesan supaya ilmu-ilmu itu dijadikan bahan bualan.

5. Beramal dengan ilmu yang dimiliki

Abadikan ilmu yang dituntut dengan mengamalkannya serta menyebarkan kepada umat. Inilah praktikal sebenar yang harus dilalui oleh setiap penuntut ilmu. Tidak sempurna teori ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya.

Itulah wasiat Syeikh Mustafa Syaibani buat para penuntut ilmu. Jadikan ulama lalu yang begitu gigih untuk menuntut ilmu sebagai pengubat luka semangat. Moga-moga cinta ilmu itu mampu menambahkan cinta kita kepada si Pencipta cinta!





Belajar Bagaimana Untuk Mencintai Ilmu

Read More

Selasa, Ogos 27, 2013


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipRrmcGjnfJSpqb9oghhRK-ATkwxERyhY2hVTS6mh_-sRo1pxuqMStdJcB7XRnycVkiFuoy21YVtTAxvzVwpfMk7h2I5B6kG48ZEHS4TRFc9CN4fZszZIXtdSMn1gUbrDCDr-REw6owcKY/s400/teruslah-menuntut-ilmu.jpg
Teruslah menjadi Pelajar dan Pengajar


1. Menjadikan keinginan belajar sebagai tujuan pokok

Orang yang menghargai ilmu adalah mereka yang senantiasa tidak ingin lepas dari buku, punyai rasa ingin tahu yang kuat, mencari ilmu dimanapun ia berada, mendatangi ilmu dan tidak mengharap ilmu yang mendatanginya. Tentunya, ini tidak terwujud kecuali jika rasa ingin tahu telah mendarah daging dalam diri, dan menjadi sebuah keperluan tersendiri.

Jika anda berkata:  “kenapa dalam melihat ilmu pengetahuan harus disejajarkan dengan makanan pokok?”  maka jawabnya seperti ini:

“kelangsungan hidup setiap makhluk bergantung kepada makanan, dan tentunya ketahanan fizikal ada pada makanan pokok yang wajib dihadam setiap hari. Begitu juga dengan rohani, supaya ia dapat melahirkan ide dan inspirasi untuk mendatangkan kemaslahatan jasmani, maka ia harus membaca dan menelaah. Seseorang mampu bertahan hidup tanpa makan dan minum selama 40 hari, tetapi ia tidak mampu menghabiskan satu hari tanpa berfikir. Olehnya itu, jika pada waktu tertentu manusia dikatakan sebagai makhluk sosial, maka pada saat sekarang manusia sepatutnya dikatakan sebagai makhluk penuntut ilmu demi tercapainya keperluan rohani dan jasmani secara seimbang.”

Mereka yang mempunyai sikap seperti ini adalah mereka yang tidak membezakan keperluan ilmu pengetahuan dari yang lain. Mereka yang menghargai semua guru, kerana apa yang mereka sampaikan adalah makanan primer terhadap rohani. Bukankah suatu kebodohan jika menjauhkan diri dari orang yang datang dengan sengaja memberi dan menyuapi makanan kesukaan kita? Kenapa kita ingin menolak pemberian itu, bukankah haiwan sendiri suka disuapi?

Ingatlah! Berkat ilmu tergantung dari sejauh mana kita menghargai ilmu pengetahuan dan orang-orang yang berilmu.

2. Terus menerus belajar.

Makanan pokok tidak dikatakan sebagai keperluan mendasar jika hanya sekali dimakan saja, tetapi makanan pokok itu adalah makanan yang senantiasa dihadam tiap harinya. Seseorang boleh saja tidak makan keropok pada hari ini dan hari-hari mendatang, tetapi amat sulit baginya jika tidak makan nasi pada tiap kali merasa lapar.

Pelajaran menjadi keperluan utama, jika dalam diri senantiasa ada dorongan kuat untuk membaca, mengetahui, dan memahami.

Bukanlah belajar itu dengan membaca sekali kemudian berhenti kerana telah merasa puas, tapi belajar yang benar itu adalah belajar yang tidak pernah mengenal rasa puas, senantiasa haus dengan ilmu, selalu membaca di setiap ada kesempatan. Jika tidak membaca dalam jangka waktu tertentu tercipta dalam diri sebuah keanehan dan rasa gelisah, seperti orang yang merasa lemah akibat tidak makan dan minum.

Para ilmuwan Islam terkemuka telah terbiasa menghabiskan waktu mereka berjam-jam tanpa makan dan minum, hanya kerana terbuai oleh indahnya setiap hakikat ilmu pengetahuan yang mereka fahami. Bahkan, di antara mereka yang ditakdirkan masuk penjara meminta agar tidak dipisahkan dengan bukunya, meski ia hanya membawa sehelai pakaian. Itu bukanlah hal yang aneh, kerana keperibadian manusia terbentuk dari kebiasaan.

Hemat penulis, seruan itu tersirat dari ayat-ayat yang menganjurkan umat untuk senantiasa memikirkan dan mengungkap rahsia-rahsia Allah SWT di sebalik setiap penciptaan kehidupan. Al-Qur'an menyeru kepada hal tersebut kerap kali mempergunakan fi'il mudhari (kata kerja yang menunjukan pekerjaan yang terjadi pada saat sekarang dan masa mendatang). Seperti firman-Nya di bawah ini:
“Maka tidaklah kamu memahaminya?”(QS. al-Baqarah [2]: 44)

Dan firman-Nya juga:
“Maka apakah kamu tidak memikirkannya?” (QS. al-An'am [6]: 50)

serta firman-Nya:
“Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?”(Qs. Yunus [10]: 3)
                                                                                
Dan pastinya, seruan untuk memahami, berfikir, dan mengambil pelajaran senantiasa ‘valid’ sampai hari kiamat.


3. Merendah diri terhadap sesama hidupan.

Tawadhu' (rendah diri) merupakan tujuan ilmu, dan pada waktu yang sama dia juga jalan meraih berkah pendidikan. Kerana dengan sifat itu, seseorang tidak menganggap remeh ilmu pengetahuan, memandang enteng orang lain, membuang kesombongan dan ego, dan senantiasa melihat dirinya sama dengan yang lain. Orang yang menyombongkan diri dengan pengetahuannya telah berada pada kebodohan dalam keadaan tidak sedar.

Apakah yang dapat kita sombongkan dari ilmu itu? Bukankah pada suatu waktu seorang pelajar kadang lupa apa yang pernah dipelajarinya, sementara ia amat yakin bahwa hafalan tersebut senantiasa melekat di benaknya? Bukankah ini petanda bahawa setiap pelajar hanya dituntut untuk belajar dan berusaha semaksima mungkin mengetahui, tahu atau tidaknya itu tergantung kepada pertolongan Allah SWT? Bukankah itu dari kelemahan dan ketidakmampuan kita sebagai hamba, jadi apa lagi yang mesti disombongkan? Wahai mereka yang bersikap angkuh dengan ilmunya?

Orang tua-tua seringkali melantunkan pepatah ini: “Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk”. Orang yang rendah diri adalah mereka yang tahu jati diri, tidak melihat ada sesuatu kelebihan dalam diri, kerana yang memberi isi ilmu pengetahuan dalam dirinya adalah Sang Pencipta. Ia hanya tempat air yang siap untuk diisi, dan tidak menutup kemungkinan air itu ada yang tumpah sebahagiannya. Jika perihalnya seperti itu, kenapa kita tidak ingin menundukkan muka, merendah diri terhadap sesama?

Di dalam sifat ini tersimpan kebaikan yang tidak terkira. Jika rendah diri telah menjadi pakaian seseorang, maka ia akan memberi rasa damai, tawakkal, dan percaya diri yang luar biasa. Kenapa tidak? Bukankah rendah diri itu sifat para ulama.

Wahai mereka yang berilmu, Berbahagialah! Anda adalah penyambung perjuangan para nabi-nabi dalam mengembangkan dakwah Islam. Diberikan potensi untuk mengetahui manifestasi nama-nama Allah SWT di alam semesta, diangkat darjatnya di antara hamba-hamba-Nya, dan tentunya, mereka itu meniti jalan kebenaran menuju akhirat.

Berbahagialah kalian! Di dunia anda dimuliakan sesama, di akhirat anda mendapatkan tempat kehormatan tersendiri di sisi Allah SWT. Olehnya itu, Buanglah jauh, dan kubur mati kesombongan itu, serta tanamkan dalam diri sikap rendah diri!

Itulah keberuntungan yang sebenarnya.


Teruslah Menjadi Pembelajar!

Read More

Isnin, Ogos 26, 2013






Guru saya di KUIS, ustaz Mohd Khafidz Soroni dari Jabatan Quran Sunnah & Institut Kajian Hadis (INHAD) ada menulis :

Terdapat sebuah hadis yang sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis tersebut dicatatkan oleh Imam al Ghazali (w.505H) di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya' 'Ulumuddin. Beliau hanya menukilkan daripada kitab Qutb Al-Qulub oleh Abu Talib al Makki (w.386H). Hadisnya berbunyi :

عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق
"Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan"

Bila kita pandai memasak, orang kata kenapa tak buka restoran. Bila kita pandai menjahit, orang kata kenapa tak buka kedai. Bila kita petah berkata, orang kata kenapa tak buka konsultan. 9/10 adalah punca rezeki, Nabi s.a.w. kata 9/10 rezeki datang dari perniagaan.

Islam amat amat menggalakkan umatnya untuk berniaga kerana dengan berniaga dapat mengubah hidup seseorang dari kehidupan yang biasa-biasa kepada kehidupan yang "luar biasa". Ramai diantara tokoh-tokoh korporat yang kaya raya semuanya adalah seorang peniaga. Dengan izin Allah. Malah Nabi kita juga merupakan seorang peniaga. Isteri baginda s.a.w., Siti Khadijah juga merupakan seorang peniaga yang kaya raya.

Sebuah kisah yang sangat masyhur ingin saya kongsikan disini. Pada suatu ketika Madinah dilanda musim kemarau. Di tengah-tengah masyarakat tersebar khabar kehadiran kafilah milik Abdul Rahman bin Auf r.a. yang membawa barangan berupa makanan, buah-buahan dan pakaian. Para peniaga kota Madinah berpusu-pusu mendatangi kafilah Abdul Rahman untuk membeli barang-barang tersebut.

Mereka bertanya kepada Abdul Rahman, "Apakah engkau akan menjual semua ini?" Abdul Rahman menjawab, "Ya." Mereka berkata lagi, "Juallah barang-barang kamu kepada kami dan kami akan memberimu keuntungan sebanyak dua kali ganda. Setiap satu dirham akan kami bayar dua dirham."

Abdul Rahman berkata, "Maaf, aku telah menemui pihak yang boleh membayar lebih besar daripada jumlah yang kamu tawarkan."

Mendengar jawapan Abdul Rahman, para peniaga tersebut membuat tawaran lagi kepada Abdul Rahman. "Baiklah, kami akan membayar tiga kali ganda kepadamu." Abdul Rahman menjawab lagi, "Maaf, aku telah menemui pihak yang boleh membayar lebih besar daripada jumlah yang kamu tawarkan itu." Mendengar jawapan tersebut, mereka terus membuat tawaran, "Kami akan membayar kamu empat kali ganda." Namun sekali lagi Abdul Rahman menjawab, "Maaf, aku telah menemui pihak yang boleh membayar lebih besar daripada jumlah yang kamu tawarkan."

Para peniaga Madinah itu akhirnya putus asa dengan jawapan Abdul Rahman tersebut lalu berkata, "Kami ini adalah peniaga Madinah dan tidak ada orang yang mampu membayar lebih besar daripada kami." Abdul Rahman menjawab, "Sesungguhnya Allah telah memberikan bayaran yang lebih besar kepadaku dari atas langit. Sebagaimana firman Allah:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (al-Baqarah : 261)

Abdul Rahman lalu berkata, "Allah akan membayar kepadaku lebih dari tujuh ratus kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang tidak terkira. Aku bersaksi di hadapan kamu semua, di hadapan Allah, dan para malaikat-Nya bahawa semua barang ini aku sedekahkan di jalan Allah. Aku tidak akan menerima satu dirham atau satu dinar pun daripada barang-barang ini."

Para peniaga itu pun beredar meninggalkan Abdul Rahman yang kemudian menyedekahkan semua barang dagangannya kepada orang-orang miskin. MasyaAllah betapa dermawannya sifat sahabat baginda s.a.w. Keyakinan beliau terhadap Allah s.w.t bahawa rezeki itu datangnya hanya daripada Allah s.w.t. sangat jitu.
Allah s.w.t. telah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Antaranya :

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyak istighfar
3. Meninggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa mengingati Allah
5. Berbakti dan mendoakan ibubapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Menunaikan hajat orang lain
8. Perbanyakkan berselawat
9. Berbuat banyak kebajikan
10. Berpagi-pagi
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwudhuk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (tahajjud)
15. Melazimi solat dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan ayat alQuran
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabis baik
20. Bertawakkal

Kesemua yang disebut diatas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan memberi “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” [atTalaq : 2-3] Amalan-amalan ini menjadi asbab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dan cukup dengan pemberian-Nya.



Strategi Menjemput Rezeki

Read More

Isnin, April 15, 2013


Kisah 1 :

Habib Umar hafizullah pergi berdakwah di luar negara. Sampai saja beliau di negara tersebut, beliau disambut dengan begitu hebat. Siap dengan buat majlis makan khusus kerana kedatangan beliau di negara tersebut. Usai majlis, Habib Umar masuk ke dalam kereta dan menangis. Ketika ditanya kenapa menangis, maka habib pun jawab "Kita berdakwah disambut dengan makanan dan majlis-majlis. Rasulullah berdakwah disambut dengan batu"

Kisah 2 :

Guru Habib Umar yakni al Habib Muhammad al-Haddad setiap kali berdakwah, semua orang menyambutnya dengan penuh hormat kerana beliau terkenal dengan alimnya dalam bidang ilmu agama. Tetapi beliau selalu berasa sedih. Anak murid beliau bertanya "kenapa engkau sedih wahai Habib?" Maka jawab beliau "kerana aku belum merasai kesusahan Rasulullah dalam berdakwah". Suatu hari, beliau pergi berdakwah di dalam di tempat lain, beliau dicemuh oleh penduduk di situ. Kali ini beliau tersenyum gembira dan berkata "barulah terasa nikmat berdakwah"

Kisah 3 :

Satu hari Habib Kazim as-Seggaf pergi ke Mukalla (lebih kurang 6 jam perjalanan dari Tarim). Beliau berdakwah di sebuah masjid di sana pada malam hari. Ketika tengah memberi tausiyah tiba-tiba lampu padam dan rupanya lampu masjid sengaja dipadamkan, ketika itulah beliau dibelasah oleh sebahagian pemuda di situ sehingga berdarah. Bila lampu dibuka, orang awam terkejut melihat keadaan beliau dan memapah beliau ke kereta.

Ketika Habib Kazim sedang memandu, beliau berasa tidak puas hati kerana keretanya masih dalam keadaan elok. Beliau pun patah balik ke masjid tersebut. Sampai saja di masjid, kereta beliau dipukul sehingga cermin pecah oleh pemuda-pemuda yang memukul beliau tadi. Kali ini habib tersenyum puas dan berkata "barulah lengkap sunnah dakwah" 

Bagaimana pula kita yang kadang-kadang apabila ada suara yang mengkritik usaha kita? Lemahnya kita kerana kurangnya cinta kita pada Rasulullah.

Mujahadah Dalam Dakwah

Read More

Isnin, Februari 04, 2013



Malam ini pendek saja.

Bayangkan kita mempunyai sebuah akaun yang memberikan kita RM86,400 setiap subuh.

Tapi akaun ini tidak membawa baki ke hari esok. Apa yang tidak dapat dihabiskan hari ini, akan dihapuskan pada waktu malam.

Apa yang kita akan buat?

Sudah tentu kita akan mengeluarkan setiap sen daripada akaun tersebut tiap-tiap hari sebelum malam.

Betul tak?

.........
.........
.........

Sebenarnya Allah telah memberikan setiap kita, satu akaun bank yang sebegitu.

Akaun itu bernama 'MASA'.

Setiap subuh, Allah memberikan kita 86,400 saat untuk digunakan.

Pada setiap malam, masa yang tidak dilaburkan untuk perkara berfaedah akan dilupuskan setiap malam.

Ia tidak berbaki. Ia tidak berhutang.

Apa yang hilang, adalah kehilangan pada kita sendiri kerana tidak melaburkan hadiah yang diberikan Allah tiap-tiap hari dengan baik.

Kita tidak boleh mengambil kembali masa yang hilang. Kita juga tidak boleh meminjam masa daripada hari 'esok'.

Duit (Masa) yang ada hari ini perlu dihabiskan dalam hari ini. Oleh itu, laburlah pada perkara-perkara yang memberikan kesihatan, kegembiraan dan kejayaan.

Jam tengah berjalan. Gunalah sebaiknya anugerah Allah itu.

Senyum


Merenungi masa yang meninggalkan kita

Read More

Sabtu, Disember 22, 2012





Dunia dan seluruh penghuninya akan binasa sementara ilmu dan orang-orang yang memilikinya akan selalu hidup. semua tentera dan seluruh negeri akan punah, sementara buku-buku yang ditulis oleh para ulamak akan selalu menceritakan kejayaan mereka sepanjang masa. 

Lihatlah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan peninggalannya yang lebih bermanfaat bagi manusia dibandingkan dengan peninggalan dinasti Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan dinasti Turki. Tulisannya dibaca di kebanyakan rumah. Fatwa-fatwanya selalu hidup di majlis-majlis ulamak. Buku-bukunya menghiasi perpustakaan. Bahkan di era internet pun, namanya banyak sekali ditemui. Begitu juga ulamak yang lain. Nama mereka selalu abadi sepanjang masa kerana kejayaan yang abadi hanyalah ada bila kita mengikut al-Quran, Sunnah Rasullah s.a.w dan mempelajari agama.

Adapun puing-puing peninggalan, istana-istana dan bangunan semuanya akan binasa dan pudar. Maka, bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu yang bermanfaat!. Bertanya kepada orang yang berilmu! Duduklah bersama mereka! Kajilah buku-buku mereka kerana orang yang akan dikumpulkan pada hari akhirat adalah bersama otang yang mereka cintai.

Lihatlah kejayaan Imam Ahmad Bin Hanbal dan kedudukannya di hati umat Islam dari ganerasi ke ganerasi. Bandingkan nama mereka dengan raja-raja yang hidup pada masanya seperti al-Mu'tashim, al-Watsiq, dan al-Mutawakkil. Bandingkanlah, maka anda akan melihat jarak yang amat jauh antara mereka kerana ilmu. 

Imam Ahmad bin Hanbal hanya hidup miskin di sebuah rumah yang diperbuat dari tanah. Dia hanya memiliki makanan yang hanya cukup untuk hari itu sahaja, sedangkan raja-raja, mereka memiliki tentera yang tersebar luas, pembantu-pembantu, pengawal-pengawal dan penjaga. Tetapi semua kini hilang bersama hembusan angin

"Kematian telah digariskan kepada makhluk  # Betapa banyak tentera dan negeri telah hancur" 

Wahai orang yang hanya memiliki makanan yang cukup untuk hari ini sahaja. Wahai orang yang ditangannya hanya ada mushaf, Riyadhatus Salihin, dan kitab Bulugh al-Maram. Engkau telah mengetahui keutamaannya. Maka tekunilah dan kerjakanlah apa yang engkau ketahui, kerananya sesungguhnya engkau berada dalam kejayaan yang abadi dan kehidupan yang menyenangkan.

Kejayaan Menuntut Ilmu

Read More

Khamis, November 24, 2011


Ada begitu banyak analisa para pemikir dan pengamat tentang sebab-sebab jatuhnya khilafah Turki Utsmani pada tahun 1924. Baik yang bersifat lebih teknis maupun sebab-sebab yang bersifat lebih umum. Sebab-sebab kita serahkan kepada para ahli sejarah, terutama sejarah Turki sendiri. Sedangkan yang akan kita bahas di sini adalah sebab-sebab secara umumnya saja.




A. Sebab Luaran

Sudah kita ketahui bersama bahwa Khilafah Turki Utsmani kalah pada perang dunia pertama. Sebagai negara yang kalah perang, maka negeri itu dengan mudah ditindas, dirampok dan juga diperebutkan wilyahnya oleh para pemangsa dan lawan-lawannya.

Sampai terjadi penghinaan yang begitu besar, di mana bangsa Turki yang secara geografi memang penduduk Eropah dilecehkan dengan ungkapan “The Sickman in Europe.” Bahkan kata “turkey” dalam ungkapan mereka merupakan pelecehan, yang artinya ayam kalkun.

Pahlawan dan tokoh muslim Turki pu tidak luput dari penghinaan. Salah satunya adalah Barbarossa si Janggut Merah. Di dalam cerita Asterik, tokoh Barbarosssa muncul sebagai bajak laut yang bodoh. Padahal beliau adalah pahlawan Islam di masanya dan pelaut kafir Eropa sangat takut dengan angkatan perangnya.

B. Sebab Internal

Penjajahan barat terhadap Turki semakin menusuk tatkala mereka berhasil meraih generasi muda Turki dengan pendidikan ala barat. Tentu saja semua itu untuk mendapatkan satu tujuan, yaitu sekulerisasi selapis generasi. Maka lahirlah kemudian generasi baru yang anti Islam, Islamo-phobia, sekuler, liberal dan berotak barat.

Mereka inilah yang kemudian didukung oleh Eropah untuk menumbangkan lembaga khilafah Islamiyah. Tercatat tokohnya adalah Mustafa Kemal Ataturk yang terlaknat. Sosok ini telah berhasil menumbangkan khilafah pada tahun 1924 lewat gerakan Turki Muda.

Sayangnya, hujaman belati mematikan ini justru masuk ke dalam pelajaran sejarah di negeri kita sebagai kebangkitan, bukan sebagai kejahatan. Rupanya, jaring-jaring kerja bangsa-bangsa kafir itu sedemikian luas, sehingga Kamal Ataturk yang zalim itu, justru muncul dalam buku sejarah kita sebagai pahlawan.

Padahal Kamal telah melakukan dosa yang bahkan Iblis pun tidak pernah melakukannya. Yaitu menumbangkan satu rangkaian khilafah Islamiyah yang terakhir. Padahal belum pernah sebelumnya umat Islam di dunia hidup tanpa naungan khilafah.

Sebab khilafah sudah ada sejak zaman Rasululullah SAW hidup, yakni sejak 15 abad yang lalu. Selama itu, umat Islam belum pernah hidup tanpa ada khilafah. Iblis dan para jin tidak pernah mampu menumbangkannya. Tiba-tiba seorang sekuleris yang nota bene agamanya masih Islam, malah menumbangkannya. Walhal, sejak jatuhnya khilafah Turki, umat Islam masuk dalam bid’ah kubro. Sebuah bid’ah teramat besar yang melebihi semua jenis bid’ah yang pernah ada. Dan tentunya sangat dibenci dan dimurkai. Sebuah bid’ah berupa umat Islam hidup tanpa naungan khilafah.

Urutan Khilafah Sepanjang Sejarah Islam

Dengan wafatnya Rasulullah SAW pada tahun 623 M, umat Islam segera membaiat Abu Bakar ra sebagai pengganti beliau. Istilah pengganti ini dalam bahasa Arab adalah khalifah. Lengkapnya, khalifatu rasulillah atau pengganti Rasulullah. Maksudnya bukan menggantikan posisi kenabian Muhammad SAW, melainkan posisi beliau SAW sebagai pemimpin tertinggi umat Islam. Sebab nabi kita itu selain sebagi nabi, juga berperan sebagai pemimpin tertinggi umat Islam.

Selain itu, ada juga sebutan lain buat posisi tertinggi umat Islam sedunia, yaitu istilah Amirul Mukminin. Artinya adalah pemimpin umat Islam.

1. Khilafah Rasyidah

Khilafah Rasidah berdiri tepat di hari wafatnya Rasululllah SAW. Terdiri dari 4 orang atau 5 orang shahabat nabi yang menjadi khalifah secara bergantian. Mereka adalah:

Abu Bakar ash-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M)
Umar bin Khaththab ra (tahun 13-23 H/634-644 M)
‘Utsman bin ‘Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M)
Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M) 
Al-Hasan bin ‘Ali ra (tahun 40 H/661 M)

Masa berlakunya selama kurang lebih 30 tahun. Disebut juga sebagai khilafah rasyidah karena posisi mereka sebagai shahabat nabi yang mendapat petunjuk. Dan memang ada pesan dari nabi untuk mentaati para khalifah rasyidah ini.

2. Khilafah Bani Umayyah

Khilafah ini berpusat di Syiria, tepatnya di kota Damaskus. Berdiri untuk masa waktu sekitar 90 tahun atau tepatnya 89 tahun, setelah era khulafa ar-rasyidin selesai. Khalifah pertama adalah Mu’awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Adapun masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

Mu’awiyyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)
Yazid bin Mu’awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)
Mu’awiyah bin Yazid (tahun 64-65 H/683-684 M)
Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)
Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-86 H/685-705 M)
Walid bin ‘Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)
Sulaiman bin ‘Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)
Umar bin ‘Abdul ‘Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)
Yazid bin ‘Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724M)
Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)
Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)
Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)
Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)
Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)

Sebenarnya khilafah Bani Ummayah ini punya perpanjangan silsilah, sebab satu dari keturunan mereka ada yang menyeberang ke semenanjung Iberia dan masuk ke Spanyol. Di Spanyol mereka kemudian mendirikan khilafah tersendiri yang terlepas dari khilafah besar Bani Abbasiyah.

3. Khilfah Bani Abbasiyah

Kemudian kekhilafahan beralih ke tangan Bani ‘Abasiyah yang berpusat di Baghdad. Total masa berlaku khilafah ini sekitar 446 tahun. Khalifah pertama adalah Abu al-’Abbas al-Safaah. Sedangkan khalifah terakhirnya Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah.
Secara rinci masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

Abul ‘Abbas al-Safaah (tahun 133-137 H/750-754 M)
Abu Ja’far al-Manshur (tahun 137-159 H/754-775 M)
Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)
Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)
Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786- 9 M)
Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)
Al-Ma’mun (tahun 198-217 H/813-833 M)
Al-Mu’tashim Billah (tahun 618-228 H/833-842M)
Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)
Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)
Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)
Al-Musta’in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)
Al-Mu’taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)
Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)
Al-Mu’tamad ‘Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)
Al-Mu’tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)
Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)
Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)
Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934 M)
Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)
Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)
Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)
Al-Muthi’ Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)
Al-Tha`i’ Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)
Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)
Al-Qa`im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)
Al-Mu’tadi Bi Amrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)
Al-Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)
Al-Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)
Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)
Al-Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160 M)
Al-Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)
Al-Mustadli`u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)
Al-Naashir Lidinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)
Al-Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)
Al-Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)
Al-Musta’shim Billah (tahun 640-656 H/1242-1258 M)
Al-Mustanshir Billah II (tahun 660-661 H/1261-1262 M)
Al-Haakim Biamrillah I (tahun 661-701 H/1262-1302 M)
Al-Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)
Al-Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1343 M)
Al-Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)
Al-Mu’tadlid Billah I (753-763 H/1354-1364 M)
Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah I (th. 763-785 H/1364-1386 M)
Al-Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)
Al-Musta’shim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)
Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah II (th. 791- 8 H/1392-1409 M)
Al-Musta’in Billah (tahun 8-815 H/1409-1416 M)
Al-Mu’tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416- 1446 M)
Al-Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)
Al-Qa`im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)
Al-Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)
Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah III (th 884-893 H/1485-1494 M)
Al-Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)
Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah IV (th 914-918 H/1515-1517 M)

Khilafah Bani Abbasiyah dihancurkan oleh pasukan Tartar (Mongol), sehingga umat Islam sempat hidup selama 3,5 tahun tanpa adanya khalifah. Namun kurun waktunya hanya terpaut 3 tahun setengah saja dan segera berdiri khilafah Utsmaniyah.

4. Khilafah Bani Utsmaniyyah

Khilafah Bani Utsmaniyyah tercatat memiliki30 orang khalifah, yang berlangsung mulai dari abad 10 Hijriyah atau abad ke enam belas Masehi. Nama-nama mereka sebagai berikut:

Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)
Sulaiman al-Qanuni (tahun 926-974 H/1520-1566 M)
Salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)
Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)
Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)
Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)
Mushthafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)
‘Utsman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)
Mushthafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)
Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)
Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)
Muhammad IV (tahun 1058-1099 H/1648-1687 M)
Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691 M)
Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)
Mushthafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)
Ahmad III (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)
Mahmud I (tahun 1143-1168 H/1730-1754 M)
Utsman III (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)
Musthafa III (tahun 1171-1187 H/1757-1774 M)
Abdul Hamid I (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)
Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)
Musthafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)
Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)
Abdul Majid I (tahun 1255 H-1277 H/1839-1861 M)
‘Abdul ‘Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)
Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)
‘Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)
Muhammad Risyad V (tahun 1328-1338 H/1909-1918 M)
Muhammad Wahiddin (II) (th. 1338-1340 H/1918-1922 M)
‘Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M).

Khalifah terakhir umat Islam sedunia adalah ‘Abdul Majid II. Semenjak tumbangnya khilafah terakhir ini, berarti umat Islam telah hidup lebih dari selama (2006-1924= 82 tahun) tanpa keberadaan lembaga yang menyatukan.

Kepastian Kembalinya Khilafah

Lepas dari realiti di lapangan yang kurang menggembirakan, di mana umat Islam saat in menjadi budak barat, kekayaan alam mereka dijarah, ekonomi mereka terpuruk, nilai mata uang mereka sangat rendah, hutang luar negeri merekabertumpuk tak terbayar, pemuda mereka dirusak, wanita mereka menjadi hamba syahwat, bahkan masih ditambah lagi dengan rombongan Islam liberal dan sebagainya, namunmasih ada harapan.

Kita masih menemukan satu hadits dari Rasulullah SAW yang cukup melegakan, iaitu khabar gembira dari beliau bahwa suatu saat, khilafah ini akan kembali terbentuk, bahkan dengan kualitasnya yang rasyidah itu.

Sabda Rasulullah saw, 

Kemudian akan tegak Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan manhaj Nabi”.

Namun tentunya khilafah ini tidak akan terbentuk begitu saja, bila hanya dengan doa dan diam saja. Atau hanya dengan bicara dan demonstrasi saja. Setiap umat Islam meski bersinergi untuk saling menguatkan dan saling menyokong semua upaya untuk kembali kepada khilafah Islamiyah.

Sebab setiap elemen umat punya potensi yang mungkin tidak dimiliki oleh saudaranya. Maka seruan untuk kembali kepada khilafah seharusnya bukan sekedar lips service, namun harus diiringi dengan kerja nyata, pembinaan dan pengkaderan 1,5 milyar umat, pendirian lembaga pendidikan dan sekian banyak pos-pos penting umat. Lantas diiringi juga dengan kebesaran hati, keterbukaan sikap serta jiwa kepemimpinan dunia Islam yang mumpuni.

Semoga Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk dapat menyaksikan beridirnya khilafah Islamiyah semasa kita hidup. Sungguh sebuah kepuasan yang dimpikan oleh dunia Islam selama ini. Amin.

Wallahu a’lam bishshawab wassalamu ‘alaikum warahmatullahi warabaraktuh.

Menyelusuri Khilafah Yang Hilang

Read More