Sejarah yahudi mencatatkan perjalanan sejarah yang panjang
dan penuh dengan peristiwa dan kejadian. Melalui tempoh ratusan tahun,
melintasi zaman ke zaman, perpindahan tamadun ke tamadun, perubahan demi
perubahan dan seterusnya wujud hingga hari ini. Dengan itu, sejarah ini perlu
di jelaskan bermula peristiwa penghijrahan Ya'qub AS bersama anak-anaknya ke
Mesir dan kemudian kembali semula ke Jerusalem yang kemudian dimusnahkan oleh
Titus yang merupakan seorang pemimpin Rom pada tahun 70 masihi.
Para pengkaji mengatakan, jika ingin menjelaskan berkenaan
agama Yahudi, maka perlu kembali melihat sejarah bangsanya. Adalah mustahil
untuk memahami agama yahudi tanpa menelusuri sejarahnya. Boleh dikatakan
memahami sejarahnya adalah kunci kepada memahami agama Yahudi. Justeru, adalah
tidak wajar untuk kita bahaskan tentang Yahudi setelah zaman yang mendakwa
mereka adalah bangsa terpilih oleh Allah selepas 1300 tahun selepas zaman Ibrahim
AS dan keimanan mereka menanti kedatangan al-Masih. 1
Keluarga Ya'qub
Ya'qub AS merupakan seorang nabi, anak kepada Ishaq AS,
cucu kepada Ibrahim AS dan bapa saudaranya Ismail AS. Beliau mempunyai 12 orang
anak, seorang darinya adalah Yusuf AS. Itulah silsilah lima nabi dalam satu
nasab yang merupakan keluarga yang dimuliakan Allah. Allah telah menyampaikan
berita baiknya melalui malaikat kepada Sarah, isteri Ibrahim dengan kelebihan
nikmat ini dalam ahli keluarganya. Dengan itu Allah melahirkan Ishaq AS melalui
rahim Sarah yang menjadi silsilah keturunan bani Yahudi walaupun Sarah
merupakan wanita tua yang dilihat mustahil untuk melahirkan anak.2
"Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia
tersenyum, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran)
Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya'qub. - Isterinya berkata:
"Sungguh mengherankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah
seorang perempuan tua, dan ini suamikupun dalam keadaan yang sudah tua pula?.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh". - Para malaikat itu
berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah)
rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait!
Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".3
Rasulullah SAW telah memuliakan silsilah keluarga ini dengan
keberkatan dan kemuliaan.
“عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَكْرَمُ
النَّاسِ قَالَ أَتْقَاهُمْ فَقَالُوا لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ قَالَ
فَيُوسُفُ نَبِيُّ اللَّهِ ابْنُ نَبِيِّ اللَّهِ ابْنِ نَبِيِّ اللَّهِ ابْنِ
"خَلِيلِ اللَّه ”
Dari Abu Hurairah RA;
" Rasulullah SAW ditanya; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang
paling mulia?". Beliau menjawab: "Orang yang paling taqwa".
Mereka berkata; "Bukan itu yang kami tanyakan". Beliau berkata:
"Kalau begitu Yusuf Nabi Allah, putera dari Nabi Allah putera Khalilullah
(kekasih Allah, Ibrahim AS) ".4
Riwayat Bukhari dan Muslim
Menurut penganut Yahudi, Ibrahim AS telah membuat perjanjian
dengan tuhan Yahweh bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi keberkatan
sekiranya mereka kekal beriman dengan Yahweh. Kemudian perjanjian ini diulangi
oleh Ishaq dan Ya'aqub. Oleh sebab Ishaq dan Ya'aqub berasal dari bangsa
Yahudi, mereka percaya mereka adalah bangsa pilihan yang dipilih untuk
nelaksanakan tugas khas dan memimpin manusia. Sebagai balasan, mereka mendapat
kecintaan dan perlindungan dari tuhan Yahweh. Justeru, mereka hanya mengakui para nabi yang lahir dari
bangsa Yahudi saya dan menolak nabi yang lahir selainnya.
Ya'aqub diberi gelaran 'Israel' yang berasal dari gabungan
dua perkataan yang berasal dari bahasa Ibrani, 'Isra' yang bermaksud hamba dan
'el' bermaksud tuhan. Ya'qub di digelar sebagai hamba tuhan dan bapa bagi
bangsa Yahudi.5
Al-Quran menggunakan gelaran Israel ini bagi Ya'qub AS.
"Semua makanan adalah halal bagi Bani Israel melainkan
makanan yang diharamkan oleh Israel (Ya'qub) untuk dirinya sendiri sebelum
Taurat diturunkan. Katakanlah: "(Jika kamu mengatakan ada makanan yang
diharamkan sebelum turun Taurat), maka bawalah Taurat itu, lalu bacalah dia
jika kamu orang-orang yang benar".6
Ayat ini diturunkan ketika Nabi SAW didatangi oleh yahudi
untuk menguji yang bertanyakan apa yang diharamkan oleh Ya' qub AS keatas dirinya
sendiri.
"قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ حَضَرَتْ عِصَابَةٌ مِنْ
الْيَهُودِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا يَا
أَبَا الْقَاسِمِ حَدِّثْنَا عَنْ خِلَالٍ نَسْأَلُكَ عَنْهُنَّ لَا يَعْلَمُهُنَّ
إِلَّا نَبِيٌّ فَكَانَ فِيمَا سَأَلُوهُ أَيُّ الطَّعَامِ حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ
عَلَى نَفْسِهِ قَبْلَ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ قَالَ فَأَنْشُدُكُمْ
بِاللَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ التَّوْرَاةَ عَلَى مُوسَى هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ
إِسْرَائِيلَ يَعْقُوبَ عَلَيْهِ السَّلَام مَرِضَ مَرَضًا شَدِيدًا فَطَالَ
سَقَمُهُ فَنَذَرَ لِلَّهِ نَذْرًا لَئِنْ شَفَاهُ اللَّهُ مِنْ سَقَمِهِ
لَيُحَرِّمَنَّ أَحَبَّ الشَّرَابِ إِلَيْهِ وَأَحَبَّ الطَّعَامِ إِلَيْهِ
فَكَانَ أَحَبَّ الطَّعَامِ إِلَيْهِ لُحْمَانُ الْإِبِلِ وَأَحَبَّ الشَّرَابِ
إِلَيْهِ أَلْبَانُهَا فَقَالُوا اللَّهُمَّ نَعَم,"
Abdullah bin Abbas berkata; Sekelompok orang Yahudi datang
menemui Rasulullah SAW lalu mereka berkata; "Wahai Abul Qasim, Sampaikan
kepada kami tentang perkara-perkara yang akan kami tanyakan kepadamu, tidak ada
yang mengetahui seorang pun kecuali seorang Nabi." Dan di antara yang
mereka tanyakan adalah; "Makanan apa yang diharamkan oleh Israil terhadap
dirinya sendiri sebelum diturunkannya Taurat." Beliau menjawab: "Aku
persumpahkan kalian kepada Allah yang telah menurunkan Taurat kepada Musa,
apakah kalian tahu bahwa Israil Ya'qub AS menderita sakit yang parah, dan sakitnya
itu berlangsung cukup lama. Lalu ia bernazar kepada Allah dengan suatu nazar,
jika Allah menyembuhkannya dari penyakitnya, maka ia akan mengharamkan minuman
dan makanan yang paling disukainya. Makanan yang paling disukainya adalah
daging unta, sedang minuman yang paling disukainya adalah susunya." Mereka
pun berkata: "demi Allah, benar." 7
Riwayat At-Tirmidhi dan Abu Daud
[1] Muhammad
Ahmad Al-Khatib, Muqaranah Adyan, Darul Massirah, Amman, Cetakan 3, 2014, hlm. 55
[2] Solah
Al-Khalidi, al-Qasasul Qur'ani, Darul Qalam, Damsyik - Syria, Juz. 2, hlm. 45
[3]
Al-Quran, Hud 71 - 73
[4]
Bukhari, Sahih Al-Bukhari, No. 3353. Muslim, Jami’ Sahih Al-Muslim, No. 2378
[5] Solah
Al-Khalidi, Qasasul Qur’ani, hlm. 51
[6]
Al-Quran, Āli `Imrān : 93
[7] Solah
Al-Khalidi, Qasasul Qur’ani, 55
Dr. Solah Al-Khalidi berkata, hadith ini adalah
menjelaskan ayat al-Imran 93, tetapi sebab penurunannya adalah untuk surah Al-Baqarah
ayat 97 - 100.
0 ulasan:
Catat Ulasan