Emas, perak dan wang/duit termasuk kategori zakat asman (الأثمان) iaitu zakat bagi komoditi yang bernilai sebagaimana yang disebutkan
oleh Al-Quran dan Sunnah.
وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ
وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa Allah”1
Hadith dari
Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلَا فِضَّةٍ
لَا يُؤَدِّي مِنْهَا حَقَّهَا إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ
صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ فَأُحْمِيَ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ
وَجَبِينُهُ وَظَهْرُهُ كُلَّمَا بَرَدَتْ أُعِيدَتْ لَهُ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ
خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ الْعِبَادِ فَيَرَى سَبِيلَهُ إِمَّا
إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ
"Siapa yang mempunyai emas dan perak, tetapi dia tidak
membayar zakatnya, maka di hari kiamat akan dibuatkan untuknya seterika api
yang dinyalakan di dalam neraka, lalu diseterikakan ke perut, dahi dan
punggungnya. Setiap seterika itu dingin, maka akan dipanaskan kembali lalu
diseterikakan pula padanya setiap hari-sehari selama lima puluh tahun (di
dunia) hingga perkaranya diputuskan. Setelah itu, barulah ia melihat jalannya
keluar, adakalanya ke syurga dan adakalanya ke neraka." 2
Riwayat Muslim
Daripada
Amru Bin Syu'ib bahawa Nabi SAW bersabda:
ليس في أقل من عشرين مثقالا من الذهب، ولا
من مائتي درهم صدقة
Tidak kurang daripada dua puluh mithqal (dinar) daripada emas,
tidak pula dua ratus dirham sedekah (zakat)3
Riwayat Abu Ubaid dan Al-Daraqutni
ZAKAT EMAS
Diwajibkan
zakat bagi emas yang mencapai nisabnya sebanyak 20 dinar emas. Sedinar emas semasa bersamaan dengan 4.25
gram. Maka dengan itu, nisab bagi emas
dalam gram adalah sebanyak 4.25g x 20 dinar = 85 gram emas. Jika mencapai berat ini, maka wajib bagi
seseorang akan kewajipan zakat emas. Manakala jika kurang dari jumlah berat
ini, tidak diwajibkan baginya
mengeluarkan zakat. 4
Berikut
adalah formula bagi pengiraan zakat:
▶ Nisab = 85 gram atau lebih
▶ Haul
(Kadar) = 2.5%
CONTOH :
Muhammad
memiliki simpanan emas sebanyak 205 gram. Harga emas segram ketika itu berharga RM140.8. Selepas mendapati simpanan emasnya telah mencapai tempoh yang diwajibkan
zakat, kira zakat yang perlu dikeluarkan oleh Muhammad.
*Berat 205
gram
*Nisab 85
gram
*Haul 2.5%
*Harga
RM140.8/gram
205g × 2.5%
= 5.125g
5.125g ×
RM140.8 = RM721.60
Kadar yang
diwajibkan zakat RM721.60
ZAKAT PERAK
Perak juga
termasuk dalam harta yang dikenakan zakat seperti emas. Sedirham perak semasa
bersamaan dengan 2.975 gram. Maka dengan
itu, nisab bagi perak dalam gram adalah
sebanyak 2.975g x 200 dirham = 595 gram perak.
Berikut
adalah formula bagi pengiraan zakat perak.
▶ Nisab
= 595 gram
▶ Haul
(Kadar) = 2.5%
CONTOH :
Khadijah
memiliki simpanan perak sebanyak 530 gram. Harga perak segram ketika itu
berharga RM2.09. Selepas mendapati simpanan emasnya telah mencapai tempoh yang
diwajibkan zakat, kira zakat yang perlu dikeluarkan oleh Khadijah.
*Berat 530
gram
*Nisab 595
gram
*Haul 2.5%
*Harga
RM2.09/gram
Tidak
diwajibkan kerana jumlah simpanan perak tidak mencapai nisab.
Bagi
perbahasan mengenai zakat wang kertas/duit akan dibahaskan dalam bab seterusnya kerana
terdapat perbahasan yang panjang dikalangan ulama terhadap kewajipannya kerana
zakat asman pada zaman Nabi SAW yang digunakan sebagai wang hanya emas dan perak.
[1] Al-Quran,
At-Taubah : 34
[2] Muslim,
Sahih Muslim, No. 1647
[3]
Disahihkan oleh Albani dengan merujuk kitabnya Al-Irwa' Al-Ghilal Fi Takhrij Ahadith Manar As-Sabil, No. 813
[4] Saiduddin Muhammad Al-Kabi, Al-Wajiz Al-Muqaran fi Ahkam Az-Zakat wa As-Siyam wa Al-Hajj, Maktab Al-Islami, Beirut-Lubnan, 2010, Hlm. 28
0 ulasan:
Catat Ulasan