Al-Quran dan hadith Nabi SAW jelas menunjukkan pengharaman dan larangan bagi persetubuhan
antara suami dan isteri ketika haid. (Mereka
bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu
kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di
waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci).1
Diriwayatkan oleh Saidatina A'isyah, Nabi bersabda:
كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ
صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُنِي فَأَتَّزِرُ فَيُبَاشِرُنِي وَأَنَا حَائِضٌ
Rasulullah
SAW pernah menyuruh kepadaku memakai kain dan aku laksanakan lalu beliau
menyentuhkan badannya kepadaku sedangkan aku sedang haid.2
Jelas dari dalil tersebut menunjukkan larangan kepada
hubungan persetubuhan sahaja dan tidak pada perkara lain bersama wanita haid.
Ini berbeza dengan agama Yahudi yang melarang dari umatnya untuk berdampingan
dengan wanita yang haid dalam semua sudut termasuk persetubuhan, tinggal
bersama dan mengasingkan mereka ketika makan.
Diriwayatkan dari Anas:
أَنَّ اَلْيَهُودَ كَانُوا
إِذَا حَاضَتْ اَلْمَرْأَةُ لَمْ يُؤَاكِلُوهَا
Sesungguhnya
orang yahudi jika ada seorang perempuan di antara mereka yang haid mereka tidak
mengajaknya makan bersama. Maka Nabi SAW bersabda: Kerjakanlah segala sesuatu
kecuali bersetubuh.3
Perbezaan Syariat Agama Terhadap Persetubuhan
Dengan Wanita Ketika Haid 4
YAHUDI
Sebagaimana hadith riwayat daripada Anas yang menyatakan
Yahudi Madinah ketika itu menjauhi wanita yang haid kerana badan dan pakaian
wanita mereka adalah najis. Berus mereka
(berus yang digunakan untuk membasuh) juga adalah najis. Larangan untuk bernikmat-nikmat bukan hanya pada
persetubuhan sahaja tetapi disemua perkara.5
KRISTIAN
Syariat agama Kristian terhadap persetubuhan dengan wanita
ketika haid pula adalah halal bagi mereka samaada bernikmat-nikmat dengan
anggota lain mahupun melalui faraj. Amalan persetubuhan ketika haid memberikan
kesan dan kemudaratan yang akan
dijelaskan selepas ini.
HINDU
Perempuan yang haid adalah kotor dan tidak boleh memasuki kuil Hindu dan mesti menjauhkan diri dari ritual ibadat keagamaan. Tiada larangan bagi mengadakan hubungan persetubuhan.
BUDDHA
Perempuan yang haid adalah dianggap sebagai proses biasa didalam badan. Tiada halangan didalam agama Buddha bagi perempuan haid termasuklah mengadakan hubungan persetubuhan. Namun, terdapat beberapa tokong Buddha yang tidak membenarkan perempuan yang haid memasuki tokong kerana terdapat pada ajaran Hindu Sidharta Gautama Buddha juga berasal dari agama Hindu.
ISLAM
Islam adalah adalah agama pertengahan diantara amalan melampau dan bermudah-mudahan. Agama yang adil dalam semua perkara. Haid adalah darah kotor yang mengalir melalui faraj. Maka ianya adalah najis hanya dibahagian faraj. Justeru, diharuskan bernikmat-nikmat dengan wanita yang haid kecuali di bahagian antara lutut dan pusat.
Sabda Nabi SAW:
اِصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ
إِلَّا اَلنِّكَاحَ
Kerjakanlah segala sesuatu kecuali bersetubuh.6
Kesan Persetubuhan Ketika Haid
Kajian
telah mendapati bahawa aliran haid mengandungi bahan-bahan toksik yang
boleh memudaratkan jika ia masuk ke dalam tubuh lelaki atau dihalang laluan aliran dari tubuh wanita. Ini boleh terjadi apabila
mengadakan persetubuhan manakala wanita sedang mengalami kitaran haid. Oleh itu, hubungan intim semasa haid boleh menyebabkan lelaki dan wanita menghidap pelbagai jenis penyakit dan jangkitan penyakit melalui darah hingga membawa maut.7
Malah,
ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan
mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai
bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut.8
Sebuah kajian melaporkan, menjauhi hubungan persetubuhan ketika haid
ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk
mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita. Laporan itu
juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan
risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan
rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs
menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang
kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah
pendarahan yang teruk daripada biasa.9
1 Al-Quran, Al-Baqarah,
2: 222
2 Bukhari,
Sahih Al-Bukhari, No. Hadith 300
dan Muslim, Sahih Muslim, No. Hadith 293
3
Muslim, Sahih Muslim, No. Hadith 302
4 Abdullah
Bin Abdurrahman Al-Bassam, At-Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Arab
Saudi: al-Musthafa, 1989
5 Leviticus 12:1-6
5 Leviticus 12:1-6
6 Muslim,
Sahih Muslim, No. Hadith 302
7 African
Journal of Reproductive Health, Vol. 8, No. 2, Aug. 2004 pp. 55-58
8 Danial
Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi ke-2), PTS Publications & Distributors, 2006 , Hlm. 143
9
Laporan kajian oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for
Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan Ke-11
Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New
Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995.
0 ulasan:
Catat Ulasan