PENDAHULUAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi
maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya
menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan,
sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan
teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah
dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan
kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh
pelbagai bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan sosial,
politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari
kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia .
Abad
21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi
dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi
yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di
sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan
kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular,
terrorisrne global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi
manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan
manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia .
Apabila
diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi
Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat
bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan
globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya
selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru
kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam
melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah
yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni
Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat
menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik,
ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat
apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak
sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras
juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan
terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
BAB 1 : PENGENALAN HEGEMONI BARAT
1.2
DEFINISI HEGEMONI
Istilah
hegemoni berasal daripada istilah yunani,hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni
banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya
usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa.
Perkataan
hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud pengaruh atau
pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi ini
merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan,
pendidikan, pendidikan, perundangan dan sebagainya.
Secara
jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap
kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang
diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima
sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi
berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima nilai-nilai moral,
politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa).
Hegemoni
juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok
dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni
ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang
didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa
1.2 SEJARAH RINGKAS TAMADUN BARAT
Tamadun
eropah atau dikenali sebagai tamadun Barat telah dibahagikan oleh sejarawan
kepada tiga zaman utama ,iaitu Zaman Purba yang merujuk kepada tamadun Yunani
dan Romawi ,Zaman Pertengahan yang bermula pada sekitar 400M hingga 1600M dan
Zaman Moden selepas tahun 1600M, yang kemudiannya menyaksikan kebangkitan
Revolusi Sains di barat .Manakala di Zaman Pertengahan telah di bahagikan
kepada tiga peringkat iaitu Zaman Pertengahan Awal yang disebut juga sebagai
Zaman Gelap eropah dan Zaman Pertengahan Tengah atau disebut juga Zaman Kemajuan
Eropah dan Zaman Renaissance .Terdapat juga ahli sejarah mengatakan Zaman Gelap
diakhiri pada 800M. Selepas Zaman Gelap muncul pula Zaman Pertengahan Tengah
yang disebut juga sebagai Zaman Kemajuan, kerana pada waktu itu Eropah telah
mula mengalami pembangunan intelektual yang pesat hasil kemasukan pengaruh
ilmu-ilmu dari tamadun Islam di Timur. Zaman pembangunan intelektual ini telah
menjadi tapak asas kepada tercetusnya Zaman Renaissance pada sekitar 1450M.
Zaman Renaissance ini benar-benar telah mengubah corak penghidupan masyarakat
Eropah kepada kemajuan intelek yang begitu tinggi, secara agak drastik
hinggalah ke hari ini.
1.3 ZAMAN KEBANGKITAN TAMADUN BARAT
1.3.1
PENGENALAN ZAMAN RENAISSANCE
Latar
belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi ,politik
dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja .Rakyat pula pada
ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan .
Latar
belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman belaku perubahan sikap dan
membuka minda serta membawa fahamn baru .
1.3.2 PENGERTIAN RENAISSANCE
Renaissance
berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula
aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi
aspek ilmu pengetahuan seperti sains , sastera dan seni klasik yang pernah
menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
Zaman
Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga
pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke
seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
1.3.3 PROSES PENYALURAN ILMU DARI TAMADUN ISLAM KE TAMADUN BARAT DI ZAMAN
PERTENGAHAN
Sebelum
bermulanya proses kemasukan ilmu dari tamadun Islam ke tamadun Barat di Eropah,
masyarakat barat masih berada di zaman kegelapan, mundur dalam dalam segala
aspek kehidupan dan berada pada tahap paling rendah martabat inteleknya. Pada
zaman itu, di Eropah terdapat “hanya cebisan-cebisan daripada pemikiran
Romawi,,dilonggokan semuanya dalam susunan tulisan-tulisan Martinus Capella,
Bede, Isodoe dan juga teknik tertentu, yang terselamat daripada pupus kerana
luas edarannya”. Pengajian pada masa itu hanya berkisar di ilmu gereja;gospel
yang termaktub dalam Bible, wajib diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan
dan pertikaian. Manakala tokoh intelek pada zaman tersebut tidak kreatif dan
tidak menyumbang idea asli. Mereka ini kebanyakannya menjadi penyusun idea-idea
yang telah sedia ada daripada tamadun Yunani. Mereka ini kebanyakkannya terdiri
daripada kalangan kelompak gereja dan penganut pagan yang belum menerima ajaran
Kristian. Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti St. Augustin (351-430),
seorang pendeta Kristian yang agak terbuka dan terkenal dengan sumbangannya
dalam ilmu kemanusiaan secara am dan Boethius (480-524), seorang tokoh intelek
pagan yang masyhur.
BAB 2 : PENGENALAN GLOBALISASI
2.1 Definisi globalisasi
Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam
era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika
dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan
sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita
telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat
yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
2.2 Sejarah globalisasi
Banyak
sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke-20 ini yang dihubungkan
dengan bangkitnya ekonomi internasional. Padahal interaksi dan globalisasi
dalam hubungan antarbangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad yang lalu.
Bila ditelusuri, benih-benih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai
mengenal perdagangan antarnegeri sekitar tahun 1000 dan 1500 M. Saat itu, para
pedagang dari Tiongkok dan India mulai menelusuri negeri lain baik melalui
jalan darat (seperti misalnya jalur sutera) maupun jalan laut untuk
berdagang
Fasa
selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan orang islam di Asia dan
Afrika. Orang islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain meliputi
Jepang, Tiongkok, Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika Timur, Laut
Tengah, Venesia, dan Genoa. Di samping membentuk jaringan dagang, kaum pedagang
islam juga menyebarkan nilai-nilai agamanya, nama-nama, abjad, arsitek, nilai
sosial dan budaya Arab ke warga dunia.
Fasa
selanjutnya ditandai dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran oleh bangsa
Eropah. Sepanyol, Portugis, Inggeris, dan Belanda adalah pelopor-pelopor
eksplorasi ini. Hal ini didukung pula dengan terjadinya revolusi industri yang
meningkatkan keterkaitan antarbangsa dunia. berbagai teknologi mulai ditemukan
dan menjadi dasar perkembangan teknologi saat ini, seperti komputer dan
internet. Pada saat itu, berkembang pula kolonialisasi di dunia yang membawa
pengaruh besar terhadap kebudayaan di dunia.
Semakin
berkembangnya industri dan kebutuhan akan bahan baku serta pasar juga
memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di Indonesia misalnya,
sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah membuka berbagai
cabangnya di Indonesia. Freeport dan Exxon dari Amerika Syarikat, Unilever dari
Belanda, British Petroleum dari Inggeris adalah beberapa contohnya. Perusahaan
multinasional seperti ini tetap menjadi ikon globalisasi hingga saat ini.
Fasa
selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika perang dingin
berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme seakan memberi
pembenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam mewujudkan
kesejahteraan dunia. Implikasinya, negara-negara di dunia mulai menyediakan
diri sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung pula dengan perkembangan
teknologi komunikasi dan transportasi. Hasilnya, sekatan-sekatan antara negara
pun mulai kabur.
BAB 3- REALITI HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI KINI
3.1
Media
Globalisasi
yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama
yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media
komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia
adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak
bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam.
Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada yang dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program yang menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni.
Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Manakala Hollywood pula merupakan pengeksport komoditi hiburan terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari negara-negara dunia ketiga.
3.2
Ekonomi
Globalisasi
ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan
digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan
halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat
pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan
dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila
dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi
tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi
asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah
akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan
dan saham boleh dibeli dengan mudah.
Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
3.3 Politik
Globalisasi
politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran
ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Hari
ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa
besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia
Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang
mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan
kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur
tangan dalam politik dalaman Iraq.
Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.
3.4 Sosial
Pada
hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang
mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan
lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang perlu
diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu
persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya
sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi
mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat.
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi budaya di bawah :
(1)
Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin
popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola,
Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.
(2)
Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan
fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti Maybeline,
Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levi’s
menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya.
(4)
Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat
serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini
juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok yang menajakan
budaya hidup barat.
(5)
Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik
'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland juga
diadakan di luar Amerika.
3.5 Agama
Barat,
telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan menafikan
sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha memperbaiki,
merubah, membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep akidah dan pemikiran telah
berubah di kalangan umat Islam sehingga kemulhidan telah berkembang di
tengah-tengah kesesatan dan kekufuran mereka.
Islam
Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam.
Akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja
digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada
ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal
ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa oleh mereka
adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi
Barat.
Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember 2002 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan beragama. SIS juga dikaitkan dengan fahaman Liberal ini apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.
1.4
REALITI-REALITI YANG “MENGKRITIK” DUNIA BARAT
Bukan sahaja para sarjana Barat mahupun Islam yang mengkritik tamadun Barat, bahkan realiti dan fakta-fakta ilmiah juga turut mengkritik peradaban Barat secara majazi. Fakta-fakta tersebut juga mewakili keruntuhan tamadun Barat dan membuktikan secara jelas, bahawa Barat sememangnya sudah kehilangan kemanusiaan bahkan sudah jauh dari fitrah manusia.
Terlebih
dahulu, fakta-fakta yang terlalu banyak yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf
Al-Qaradhawi (di dalam buku beliau, Al-Islam… Hadharah Al-Ghad,) mengenai
kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat Barat, sudah cukup untuk
membuktikan betapa dunia Barat hari ini menuju kehancuran (terutamanya dalam
aspek kemanusiaan).
Beliau
menyimpulkan bahawa, keburukan dan kesan buruk tamadun moden, tergambar dari
beberapa sudut iaitu: keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga, kegelisahan jiwa,
kecelaruan akal dan jenayah yang berleluasa.
Mari
kita susuli satu persatu gambaran-gambaran yang dibentangkan oleh Prof. Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi, mengenai keburukan yang dibawa oleh tamadun Barat.
1.Keruntuhan Akhlak
Dinyatakan
dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa takut yang bakal
menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu alasan yang menyebabkan para
remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai kelazatan
(hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang tidak menghormati agama dan ilmu. Ia
tidak memperkirakan ikatan keluarga ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan
yang berjalan sekarang mencari dan terus mencari kenikmatan hidup tanpa
jemu.
Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat, sememangnya hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis hiburan turut didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan lagu-lagu yang diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada budaya-budaya tertentu.
Dalam
bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah punk,
dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling
memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya)
terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama kumpulan budaya-budaya yang
berlainan.
Dalam
bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head,
hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih
menyebabkan masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan
budaya-budaya tersebut sebenarnya berkait rapat dengan kegiatan jenayah-jenayah
yang berlaku di sekitar mereka
Golongan
tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka hidup di
negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negara-negara
Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka.
Secara
umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas. Para lelaki
dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar nikah
merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak perempuannya
melahirkan anak luar nikah, merekalah yang akan tolong menjaganya tanpa
sebarang kejutan atau memberi teguran.
2. Kemusnahan
Keluarga
Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam
insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau.
Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan
nafkah kaum lelaki daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil
persamaan hak yang dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari
kelahiran (tak mahukan anak), pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan,
perkahwinan sejenis, keluarga tanpa bapa (untuk pasangan lesbian), dan
sebagainya.
Beliau
turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang bertentangan
dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga, tamadun
Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah dalam
rumahtangga.
Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan mereka akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk di dalam rumahtangga mereka.
Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan mereka akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk di dalam rumahtangga mereka.
3.Kegelisahan
Jiwa
Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa masyarakat
Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isu-isu
kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa,
kelahiran golongan hippies dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan
jiwa masyarakat Barat terhadap tamadun materialistik yang dibina di Barat.
Beliau
turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang
mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini
jelas terzahir pada kehidupan artis-artis yang terkenal seperti Garetta Garbo,
Brigita Bardot (artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan sebagainya.
4.Kecelaruan
akal
S.W
Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk kota New
York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa. Prof.
Alex Carel mengatakan bahawa: “Yang menghairankan, penyakit mental lebih
banyak daripada semua pesakit lain secara keseluruhan”.
Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan bangsa yang bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi, dalam masa yang sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit mental?
Bukan
sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang terdedah
dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung untuk melakukan
jenayah tanpa rasa bersalah.
33%
daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas
daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah
rogol.[24] Bahkan, 51% daripada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di
kolej-kolej mengakui bahawa, jika mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu
mereka akan lakukan jenayah rogol.[25].
Inilah
corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah dengan
pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk melakukannya.
Inilah yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia, yang akhirnya
mengembalikan manusia ke alam hutan dengan jenayah-jenayah mereka.
5. Jenayah
dan Ketakutan
Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan masyarakat
Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka.
4
daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan, serangan,
kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam ketakutan
sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga bandar-bandar
kecil dan 31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada responden
masyarakat Barat menyimpan senjata untuk membela diri mereka.
Apa
yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang berleluasa di
sekitar mereka.
Namun,
gambaran mengenai jenayah yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merujuk
kepada apa yang berlaku pada tahun 1979. sedangkan, kini sudah masuk ke alaf
baru (2005). Adakah jenayah-jenayah yang didedahkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
menurun pada sepuluh tahun terakhir ini (1995-2005)?
Kes
rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia.
Sehinggakan, laporan ada menyebut: “Dalam suatu kajian, 13% daripada
perempuan-perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas, pernah melaporkan
bahawa, mereka pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali.” (Kilpatrick et
al,1992, p.i)
Bahkan,
dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih malang lagi
laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling banyak
yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16% sahaja daripada kes
rogol yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 2001, sebanyak 248 250 kes
rogol dan jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Bayangkan,
jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang berlaku, yang
dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku dalam
masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan kes
pada hakikatnya, pada setiap tahun.
Setiap
2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita dirogol
setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan mabuk. 47%
mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80% daripada wanita
yang dirogol berusia 30 tahun ke bawah.
Di
institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada
mahasiswi-mahasiswi pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa
pernah dipaksa untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes
rogol). 47% daripada kes-kes rogol itu berpunca daripda temujanji.[32]
Dalam
laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang perempuan
dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang
mahasiswi-mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau
hampir-hampir dirogol. Menurut
sebuah laman web yang lain (mengenai kes rogol di Barat), http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes rogol
turut melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli keluarga
mangsa sendiri.
Dalam
tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah,
termasuklah 500,000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan
terhadap wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan
dengan si mangsa, samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman
lelaki.
503,485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan rapatnya
dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan keganasan terhadap
wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas suami, pasangan, teman
temu janji atau teman lelaki.
BAB 4 : CABARAN GLOBALISASI DAN HEGEMONI BARAT TERHADAP UMAT ISLAM
Telah
nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan
manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka; agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar-Rum 30:41)
4.1 CABARAN DALAMAN
4.1.1
Ketaatan kepada syara’ dan sistem pentadbiran
Gerakan
Islam ialah suatu yang membawa kepada taat akan Allah s.w.t. dan syariatnya.
Apabila taat kepada tanzim melebihi taat kepada Allah swt dan syariat akan
membawa kepada kebinasaan dan bahaya kerosakan yang amat besar.
Taat
itu hanya wajib kepada Allah swt dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kebaikan (ma’ruf). Seseorang muslim itu wajib taat kepada Allah swt, Rasul
serta ketua yang tidak menyuruh kepada kemaksiatan. Ini memberikan kepada kita
satu kaedah taat kepada ketua atau pemimpin itu ada had dan batasnya. Sabda
Rasulullah saw : ’Tiada ketaatan kepada makhluk yang menyuruh kepada
kemaksiatan’.
Terdapat perbezaan yang besar di antara sistem demokrasi dan syariat Allah swt.
Demokrasi merupakan hukum pada manusia manakala hukum Islam (syariat) itu hukum
pada sisi Allah swt.
4.1.2 Pergolakan di Kalangan umat Islam
Fenomena
ini amat jelas seali sehinggakan ia menjadi sebab utama kepada kejatuhan Islam.
Berlakunya perselisihan pendapat yang mana masing-masing mengatakan pendapatnya
adalah benar, tiada sikap tolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu di
antara umat Islam.
Dari
sehari ke sehari umat Islam hanya sibuk dengan pertelingkahan sesama sendiri.
Hanya mengikut hawa nafsu. Tiada lagi pegangan pada ajaran Islam, tiada lagi
bersifat sebagai seorang Islam. Tanpa mereka sedari inilah sebab kenapa umat
Islam dibunuh dengan mudah.
Sebab-sebab Yang Membawa Kepada Perpecahan
a)
Pentadbiran hanya mengikut peredaran zaman dan tidak lagi berpandukan kepada
Al-Quran dan sunnah.
b)
Sesetengah generasi baru umat Islam yang tidak melihat kepada sejarah Islam.
c)
Tiada tindakan bagi memastikan corak pemerintahan (Qiadi) dijaga dan dijadikan
panduan kepada generasi-generasi baru.
d)
Tiada kesatuan dalam pemikiran dan gerak kerja.
e)
Adanya perasaan bangga diri dalam diri masing-masing. Segala yang diutarakan di
anggap betul dan perlu diterima oleh semua orang. Firman Allah Taala :Dan
tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih
mengetahui. (Surah Yusuf :76)
4.1.3 Kelemahan Aspek Kewangan
Harta
merupakan sumber kekuatan kepada satu-satu gerakan Islam. Tanpa kewangan yang
mencukupi, gerakan Islam tidak akan dapat menjalankan segala aktiviti dan perancangannya
akan tergendala. Harta
dan wang ringgit kadang-kadang menjadi sebab kepada fitnah dalam gerakan Islam
apabila disalahgunakan.
Bila
mana pengetahuan tentang agama kurang, pegangan akidah yang goyah, ia mudah
mempengaruhi umat Islam. Begitu juga dengan para pendakwah Islam. Apabila
kurang pentarbiyahan dalam hati dan jiwa, penyalahgunaan kuasa akan berlaku.
Lantaran itu akan merosakkan barisan petugas.
Berapa
ramai di kalangan pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan kekayaan dunia
ini. Kebanyakan berlakunya kejatuhan negara-negara Islam ini disebabkan oleh
pemimpinnya yang hanya mementingkan diri sendiri. Kesudahannya umat Islam
ditindas dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka tidak merasa malu dan
bersalah di atas tindakan yang dilakukan asalkan apa yang di inginkan tercapai.
Kesimpulannya
kekuatan ekonomi boleh membawa kepada kebangkitan Islam dan keruntuhan
Islam.
4.2 CABARAN LUARAN
4.2.1
Perancangan Yahudi dan Freemason
Yahudi
berkata di dalam protokol mereka: ”Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak
di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Sesungguhnya
Frued adalah daripada kalangan kita. Beliau akan terus membentangkan teori
hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci
pada pandangan pemda. Hasilnya ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah
matlamat mereka. Ketika itu, akan runtuhlah akhlak mereka”
Yahudi
adalah orang yang mendokong teori Nietche yang melenyapkan akhlak dan
mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa kepada
kepuasan. Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi dari Austria:
”Manusia hendaklah berusaha memuaskan nafsu dengan cara merungkaikan ikatan
akhlak dan halangan daripada masyarakat yang menghalangnya daripada bebas
melakukan itu semua.” Oleh kerana itu, Yahudi telah mendokong teori Frued untuk
mengalihkan perhatian pemuda ke arah memuaskan syahwat dan fahaman mengharuskan
semua perkara.
4.2.2 Perancangan Penjajah dan Salibiah
Seorang
pemimpin penjajah telah berkata: ”Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam
menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu
meriam. Oleh itu tenggelamkanlah mereka ke dalam cintakan kebendaan dan
syahwat.
Paderi
Zeumer telah berkata pada satu muktamar pendakwah Kristian yang diadakan di
Baitul Maqdis: ”Kamu telah mewjudkan di negara Islam satu generasi yang tidak
mempunyai hubungan dengan Allah. Dengan itu lahirlah generasi yang mengikut apa
yang dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak menghiraukan agama, cintakan
kerehatan dan menjadi malas. Seluruh keinginan di dunia dicari semata-mata
untuk memenuhi kehendak syahwat. Apabila mereka belajar, mereka belajar kerana
syahwat. Mereka menduduki pangkat yang tinggi adalah untuk mencapai tuntutan
syahwat. Perancangan penjajah Salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk
mengalih perhatian pemuda-pemuda Islam daripada medan jihad dan mempertahankan
Islam. Dengan itu mereka tidak akan berfikir untuk berusaha ke arah mencapai
kemuliaan dan keagungan.
4.2.3 Perancangan Komunis dan Aliran Materialisme
Dengan
membiarkan umat Islam sibuk dengan hiburan dan pementasan daripada menghayati
aqidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx: ”Apakah ganti kepada aqidah
Uluhiyah?” Beliau menjawab, ”Gantinya ialah hiburan dan pementasan.”
Apakah
anda mengetahui erti hiburan dan pementasan wahai para pemuda apabila ia
digunakan untuk meruntuhkan aqidah dan akhlak?
Di
antara perancangannya lagi ialah memalingkan generasi Islam daripada Islam
dengan menggunakan novel, majalah, akhbar dan lain-lain. Penganut komunis telah
berkata di dalam dokumen rahsianya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh staz
’Akad di dalam bukunya ”Islam dan Komunis”: ’Kita telah berjaya menyebarkan
unsur-unsur yang merosakkan agama di dalam masyarakat beragama yang terdiri
daripada novel, hiburan, pementasan, kursus-kursus, akhbar, majalah dan
karangan-karangan yang menyebarkan fahaman tidak bertuhan dan menyeru ke arahnya,
menghina dan memperolok-olokkan pejuang agama dan menyeru ke arah sains
semata-mata serta menjadikannya sebagai tuhan..’
Adakah anda mengetahui wahai para pemuda apakah yang telah dilakukan oleh
akhbar, majalah, novel dan hiburan dalam usaha menghapuskan iman, meruntuhkan
akhlak dan menyebarkan akhlak yang buruk di seluruh negara Islam?
BAB 5 : PENUTUP
5.1
STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Persoalan
yang perlu dibincangkan ialah bagaimana kita menghadapi cabaran yang mencengkam
ini.Dalam hal ini semua pihak mempunyai peranan yang perlu dimainkan sebaik
mungkin. Antara cadangan strategi yang boleh dikemukakan ialah :
5.1.1
Menggunakan peluang
Umat
Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan barat.Pada
masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bil hal dan dialog
antara agama. Islam terbukti berkembang dengan positif selepas perjanjian
Hudaibiyah berbanding ketika perang sedang memuncak dan ini merupakan bukti
bahawa suasana aman adalah prasyarat terhadap perkembangan dakwah yang
pesat.
5.1.2
Memperkasa Martabat Ulama dan sarjana
Pemerintah
memberi kebebasan dan hak membuat kajian, menulis dan menyampaikan ilmu dengan
bebas dan bertanggungjawab.Nasib ulama dan intelektual di dunia islam amat
memilukan sehinggakan ramai yang menjadi buruan pemerintah kerana lantang
memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Akibatnya ramailah ulama dan intelektual
yang bisu dalam pengertian tidak berani menegur pemerintah kerana ketakutan.
5.1.3
Mengeratkan hubungan 3 U (ulama ,umarak ,ummah)
Sejarah
perkembangan islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan padu antara ulama
dan umara menjadi erat dan kental,maka kerajaan akan bertambah kuat, ummah akan
terbela, negara akan menjadi aman dan damai. Di Alam melayu sejarah kerajaan
Islam Samudera Pasai, Melaka dan Aceh membuktikan bahawa wujudnya kesalingan
ini telah menjadikan kerajaan tersebut menjadi pusat perkembangan Islam yang
paling penting dan berpengaruh pada abad 14 hingga ke 17. Sebalik nya pula
sebaik sahaja ulama dan umara’ tidak bersatu, ummah tidak terbela, negara akan
hancur samada kerana perpecahan dalaman akibat serangan luar atau itimpa bala
bencana.
5.1.4
Memperbaiki Sistem Pendidikan
Pihak
kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan dasar dan sistem pendidikan negara memandangkan
sistem pendidikan adalah saluran terpenting untuk mendidik masyarakat.Kerajaan
perlu kembali kepada falsafah pendidikan Islam yang lebih komprehensif .Realiti
masyarakat hari ini menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam
sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan kita juga dilihat lebih bercorak
exam-oriented daripada menumpukan pemikiran, yang meliputi aspek kekreatifan
dan daya cipta seseorang pelajar.
5.2 PERANAN GENERASI MUDA
Sukarno,
seorang pemimpin karismatik dan pemidato hebat daripada Indnesia pernah
berkata, “Berikan aku sepuluh orang pemuda nescaya akan aku gegarkan dunia
ini”. Sukarno dikatakan seorang pemimpin yang cukup berjaya dalam era revolusi.
.Saidina Umar Al-Khattab,Khalifah Islam yang kedua pernah mengimpikan lahirnya
ramai generasi muda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid, Saad Bin Abi
Waqas, Ali Abi Talib untuk membantunya mendaulatkan kalimah suci Allah di atas
muka bumi ini. Dua tokoh di atas menggambarkan keinsafan seorang pemimpin yang
berfikiran futuristic tentang nasib agama dan bangsanya sendiri.Mereka
menyedari betapa pentingnya pemuda dalam sistem sosial manusia.Bagaimana dengan
kita? Pernahkan kita berfikir tentang nasib negara kita satu atau dua dekad akan
datang? Bagaimana kualiti kepimpinannya?Siapakah yang akan memimpin dan mampukah
mereka?
Generasi muda pada hari ini menghadapi desakan yang hebat dan mencabar kemampuan diri mereka untuk berdiri teguh dengan identiti sendiri . Cabaran ini didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'. Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini. Hal ini menuntut generasi muda mempersiapkan diri sebaik mungkin dari aspek kerohanian,keilmuan, dan kemahiran hidup. . Generasi muda yang kita harapkan adalah generasi yang mampu membentuk arus globalisasi akan datang bukan hanyut mengikut arus globalisasi yang dibentuk oleh musuh agama. Sejarah telah menyediakan para pemuda contoh yang berjaya membentuk arus di zaman mereka.
Antaranya ialah :
1.
Jundub Bin Janadah (Abu Dzar Al-Ghiffari)
2.
Usamah Bin Zaid
3.
Zainab Al-Ghazali
4.
Muhammad Bin Murad (Sultan Muhammad Al-Fateh)
5.
Ashaabul kahfi
Mereka
adalah generasi ulul albab yang memacu perubahan dan kegemilangan zaman mereka.
Generasi Ulul Albab inilah yang dinantikan dan diimpikan oleh umat sepanjang
zaman.Generasi ini merupakan generasi yang menekankan aspek zikir, fakir, dan
amal soleh kepada Allah . Mereka memiliki ilmu yang luas,penglihatan yang tajam,
otak yang cerdas, hati yang lembut,lidah yang basah mengingati Allah dan
bersemangat serta berdaya juang yang tinggi dalam menegakkan agama Allah di
muka bumi.Ia di anggap sebagai pemimpin umat yang sentiasa berjuang menegakkan
keadilan, membanteras kezaliman dan menyelesaikan permasalahan umat serta
kompeten sepanjang masa.
Terdapat
istilah lain selain ulul albab yang bertujuan untuk melahir dan mengembalikan
kegemilangan Islam antaranya ialah Jiilun Nasr. Istilah ini diperkenalkan oleh
Professor Dr. Yusof Qaradawi yang bermaksud generasi kemenangan.Generasi yang
dibina melalui kekuatan roh dan jasad, kemudian menjadi binaan yang kukuh yang
tidak boleh dirungkaikan lagi.
Terdapat 10 ciri kecemerlangan yang terkandung
dalam Jiilun Nasr iaitu:
1.
Cita-cita besar para Muslah (pengubah)
2.
Generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat
3.
Generasi yang percaya kepada reality dan ilmu
4.
Generasi amal dan membina jama’iy
5.
Generasi Rabbani dan ikhlas
6.
Generasi yang bernasabkan islam
7.
Generasi dakwah dan jihad
8.
Generasi gagah dan agung
9.
Generasi seimbang dan sederhana
10.
Awwabun dan Tawwabun (sentiasa kembali ke jalan Allah dan memperbanyakkan
taubat)
Generasi
ulul albab sebeginilah yang wajar dianggap sebagai generasi harapan,yang
mempunyai kepelbagaian watak iaitu pemikir, cendekiawan, pembimbing,
intelektual,dan pemimpin berwatak glokal yang mampu mengembalikan kegemilangan
dan memakmurkan sekalian alam. Kecemerlangan umat banyak bergantung kepada
generasi seperti ini.Golongan muda adalah pelapis yang akan membawa obor Islam
selepas golongan tua tiada. Setiap organisasi dan institusi menjadi bermasaalah
apabila ketandusan pelapis.Jesteru fokus perlu diberikan kepada mereka.
5.3 KESIMPULAN
Melalui
apa yang telah diperbincangkan dalam bab-bab ini dan sebelum ini jelaslah
bahawa kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa menghadapi
pelbagai bentuk cabaran. Namun bukanlah satu ketetapan bahawa barat akan
selamanya menguasai arus globalisasi tanpa ada peluang pada tamadun lain untuk
mendominasi.Segalanya bergantung kepada diri masing-masing.Firman Allah s.w.t
telah menjelaskan bahawasanya yang bermaksud :“ (Balasan) yang demikian itu,
ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah
dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha
Mengetahui “
(Surah
Al-Anfaal : ayat 53)
Marilah kita berharap agar suatu ketika nanti akan mucul generasi ulul albab. Generasi harapan ini dikatakan bakal mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran yang dilimpahi rahmat dan berkat dariNya.Harapan bukan sekadar mimpi. Harapan juga bukan satu ilusi malah harapan yang disulami dengan gagasan, berpaksikan kepada keimanan, berupaya mengubah diri, membangkitkan motivasi, mencetuskan inspirasi, menjelmakan realiti dan merapatkan hubungan dengan Ilahi.
Setiap insan yang mengaku diri mereka pemuda, tidak wajarlah bagi mereka untuk mengharapkan orang lain kerana mereka lah sebenarnya generasi yang diharapkan. Maka azam perlu ditanam, langkah perlu diatur, tindakan perlu di mulakan. Siapa tahu barangkali andalah pelakar sejarah dunia seterusnya. Membentuk arus globalisasi yang baru yang memenuhi keperluan insani, mengubah islamophobia kepada hegemoni Islam ke alam sarwa jagat, mencabar hegemoni barat yang merosakkan. Baik pemuda hari ini,baik lah generasi akan datang. Insafilah sejarah wahai pemuda. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula dalam keadaan dagang,ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan islam ketika ia dagang.”-hadith riwayat Muslim.
BIBLIOGRAFI
BUKU
DAN MAJALAH
1. Pusat
Pengajian Umum UKM, 2006, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Fulson Trading Co,
Selangor.
2. Fathi
Yakan (2002), Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21, Kuala Lumpur,
Jasmin Enterprise
3. Dr. Abdullah Nasih Ulwan (2003), Generasi Muda Islam dsan Cabaran Globalisasi, Kuala Lumpur, YADIM
3. Dr. Abdullah Nasih Ulwan (2003), Generasi Muda Islam dsan Cabaran Globalisasi, Kuala Lumpur, YADIM
4. Sabri
Mohamad Sharif, 2009, Generasi Ulul Albab Segunung Harapan Seteguh Gagasan,
Karisma Publications
5. Zaharudin
Abd Rahman, Majalah I Bil 81
INTERNET
http://mfrstudio.board-realtors.com/forum.htm
www.agink.com
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/3Muhammad N
www.beritaharian.com.myuroddin
www.agink.com
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/3Muhammad N
www.beritaharian.com.myuroddin