1. Wajib
hadir apabila dijemput
Apabila
sesuatu jemputan diterima, maka hendaklah hadir melainkan sekiranya ada
halangan yang menghalang untuk hadir.
Daripada
Abdullah ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda: "Datanglah menunaikan
jemputan apabila kamu dijemput kepadanya." [HR Bukhari, No. Hadith 5179]
2. Niat
Niatkan kehadiran
kita sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim kerana setiap perbuatan yang
diniatkan sebagai ibadah kepada Allah, pasti ada ganjaran pahala yang sentiasa
mengalir termasuk dalam setiap langkah kita ke majlis tersebut.
Daripada
Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Kattab beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu
bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia
niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia
yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu
kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." [HR
Bukhari, No. Hadith 1]
Daripada Anas
Bin Malik, Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan
dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan
ihsan).” [HR Bukhari, No. Hadith 5527 dan Muslim, No. Hadith 4638]
3. Menutup aurat
Memakai
pakaian yang menutup aurat dan sopan samaada lelaki mahupun wanita.
Rasulullah
menegur, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah
didatangi haid (mencapai usia baligh), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu
melainkan ini dan ini” – sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya” [HR
Abu Daud, No. Hadith 3580]
4. Menjaga
adab-adab makan
Umar Bin Abu
Salamah menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai ghulam (pemuda),
sebutlah nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah
hidangan yang dekat denganmu.” [HR Bukhari, No. Hadith 4957]
Anas Bin
Malik menceritakan, “Nabi melarang orang itu minum sambil berdiri” Kemudian
kami bertanyakan Anas berkenaan makan sambil berdiri. Anas menjawab, “Itu lebih
buruk lagi!” [HR Bukhari dan Muslim]
Abu Hurairah
menyatakan, “Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Sekiranya beliau suka,
Baginda memakannya. Sekiranya tidak, Baginda meninggalkannya.” [HR Bukhari,
No. Hadith 4989 dan Muslim, No. Hadith 3844]
5. Mendoakan
kebahagiaan pengantin
Rasulullah
apabila memberi ucapan selamat kepada orang yang sudah menikah, Baginda berdoa:
“Semoga
Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu
dan semoga Allah himpunkan kalian dalam kebaikan.” [HR Abu
Daud, No. Hadith 1819]
6. Mendoakan
tuan rumah atas sajian
Daripada
Abdullah Bin Busr yang bapanya pernah menyediakan makanan untuk Nabi. Kemudian
bapanya itu menjemput Rasulullah makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan
selesai makan, Rasulullah berdoa:
“Ya Allah,
ampunilah mereka, sayangilah mereka dan berikanlah keberkatan pada makanan yang
Engkau anugerahkan untuk mereka.” [HR Ahmad, No. Hadith17013]
0 ulasan:
Catat Ulasan