Sudah rancang pernikahan anda?
Cuba lihat jadual berikut.
Perincian:
1. Ideal
Umur ideal untuk nikah dan berpotensi
melahirkan anak untuk pasangan yang sihat kerana kesuburan yang berpotensi.
Wanita pula berkeadaan paling subur pada usia di antara umur 20 - 24 tahun dan
berpotensi untuk melahirkan anak yang sihat. Manakala lelaki pula mempunyai
kesuburan yang baik pada umur pertengahan 20-an.
Akan tetapi diperingkat ini merupakan
peringkat untuk mula masuk ke medan kerjaya serta taraf ekonomi yang masih
rendah.
2. Baik
Pada usia ini juga masih mempunyai tahap
kesuburan yang baik dan keadaan ekonomi peribadi dan individu yang mula kukuh.
Bahkan bagi perempuan berusia awal 30-an yang fokus kerjaya mempunyai karier
dan kerjaya tersendiri. Namun peringkat kesuburan mula menurun.
3. Waspada
Merupakan peringkat umur berwaspada bagi
lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin terutamanya perempuan walaupun
diperingkat ini, ekonomi peribadi semakin kukuh. Kesuburan juga mula turun
dengan drastik selepas umur 35 tahun.
4. Berisiko
Bagi individu yang baru mendirikan
rumahtangga peringkat ini, akan berisiko untuk menghasilkan zuriat. Potensi
untuk hamil berkurangan sekiranya baru memulakan alam rumah tangga diakhir
30-an. Namun, masih punya harapan dan peluang.
5. Berisiko keabnormalan
Sebagai pasangan tua, perlu sedar bahawa
risiko keabnomalan genetik terjadi pada usia ini.
Sila rujuk pakar dan sumber yang lebih lanjut
untuk lebih banyak perincian dan ketepatan.
P/S: Walau bila anda bernikah, semoga ianya
jodoh dan aturan yang terbaik dari Allah S.W.T. Bagi yang masih belum bertemu
jodoh, moga terus berusaha dan dipertemukan yang terbaik.
“Dan perempuan-perempuan yang baik untuk
lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan
yang baik.” [An-Nur : 26]
*Jadual tersebut dibuat berdasarkan analisis
kesuburan lelaki dan wanita serta taraf ekonomi dan pendidikan. Justeru ia
mungkin berbeza bagi setiap orang.
**Peringkat dan tahapan bagi kelahiran anak
disusun secara purata. Justeru ia juga mungkin berubah.
2 ulasan:
assalam. mohon copy paste untuk share
Wsalam. Silakan. Amat dihargai untuk manfaat semua.
Catat Ulasan