Isnin, September 10, 2012

IMAN SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa. Apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?".

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat?

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di interview oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan sogokan duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.


Iman Semut vs Iman Manusia

Read More

Selasa, September 04, 2012

WASIAT

Wasiat berasal dari perkataan “wassa” yang bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.

Dari segi istilahnya, menurut mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak. Manakala beberapa fuqaha’ lain mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa” 
(Surah Al-Baqarah Ayat 180)

Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya yang mempunyai harta agar dapat melakukan wasiat semasa hidupnya.


“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Image



“Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris”

(Riwayat at Tarmizi)


Image


“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”
 (Riwayat Abu Daud) 



FARAID

Manakala faraid adalah berbentuk jama' faridhah yang memberi maksud pembahagian serta kalimat al-faridhah adalah berbentuk maf'ul yang bererti sesuatu yang telah ditentukan, disebutkan demikian kerana bahagian-bahagian ahli waris telah ditentukan syarak. Ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta warisan.

Ilmu faraid juga disebut ilmu mawarith. Kalimat al-Irts adalah kalimat yang mempunyai erti hidupnya seseorang ketika selainnya meninggal, dimana yang hidup mengambil hal-hal yang ditinggalkan oleh si mati

Istilah fiqh, ertinya adalah sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati baik berupa harta mahupun hak-hak lain yang kemudiannya akan dimiliki oleh para ahli waris sesuai dengan yang ditetapkan syarak.

Begitulah serba ringkas perbezaan wasiat dan faraid. 


Oleh:
Hafiz Othman
Fiqh dan Usul Fiqh
Universiti Yarmouk, Jordan.

Perbezaan Wasiat dan Faraid

Read More

Sunnah Rasulullah adalah teladan yang perlu dicontohi oleh sekalian ummah. Ia meliputi segenap aspek kehidupan yang membentuk manusia menjadi khalifah di bumi Allah. 

Nabi s.a.w. bersabda: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara. Tidaklah akan sesat selamanya selagi kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitulah kitabullah (al-Quran) dan sunnah RasulNya".

Terdapat tiga ayat yang menyebut tentang ilmu faraid iaitu, ayat 11,12 dan 176 surah an-Nisa. Maka bersumberkan dari kalam yang mulia inilah, difardhukan pembahagian harta (faraid) kepada ummat manusia.

Ilmu faraid adalah kaedah pembahagian fiqh yang digunakan untuk mengetahui bahagian yag menjadi hak setiap ahli waris didalam harta yang ditinggalkan oleh si mati. ia jama' dari faridhah yang bermaksud pembahagian. Ilmu ini juga disebut sebagai ilmu Al-Mawarith.


Asas-asas Ilmu Faraid

1. KEUTAMAAN

Ilmu ini disebut sebagai setengah dari ilmu-ilmu.

Rasulullah bersabda: "Pelajarilah ilmu al-faraid dan ajarkanlah ilmu itu kepada manusia kerana ilmu ini adalah separuh dari ilmu syariat dan ilmu ini yang akan pertama kali dilupakan dan yang paling awal sekali dicabut dari umatku".
(riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2. SUMBER

>al-Quran

>Hadith
>Ijma'

3. TUJUAN


Tujuan utama ilmu faraid ini adalah memberi hak waris bagi yang berhak mendapatkannya.


4. FAEDAH DAN MANFAAT


Manfaat yang didapati dalam mempelajarinya adalah mendapatkan kemampuan yang boleh digunakan dalam pembahagian harta warisan diantara ahli waris sesuai dengan yang di syariatkan dalam agama.


5. PERMASALAHAN YANG DIBAHAS


Ia meliputi permasalahan kaedah-kaedah seperti pemberian bagi setiap bahagian ahli waris.


6. PERHITUNGAN


Pembahagian harta warisan serta metod penghitungannya, seperti dengan menetapkan asal masalah dan pembenaran asal masalah tersebut dalam beberapa bab serta hal lain yang berkaitan dengannya.


Oleh:
Hafiz Othman
Fiqh dan Usul Fiqh
Universiti Yarmouk, Jordan



Pengenalan Ilmu Faraid

Read More