Selasa, September 04, 2012

Pengenalan Ilmu Faraid

Sunnah Rasulullah adalah teladan yang perlu dicontohi oleh sekalian ummah. Ia meliputi segenap aspek kehidupan yang membentuk manusia menjadi khalifah di bumi Allah. 

Nabi s.a.w. bersabda: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara. Tidaklah akan sesat selamanya selagi kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitulah kitabullah (al-Quran) dan sunnah RasulNya".

Terdapat tiga ayat yang menyebut tentang ilmu faraid iaitu, ayat 11,12 dan 176 surah an-Nisa. Maka bersumberkan dari kalam yang mulia inilah, difardhukan pembahagian harta (faraid) kepada ummat manusia.

Ilmu faraid adalah kaedah pembahagian fiqh yang digunakan untuk mengetahui bahagian yag menjadi hak setiap ahli waris didalam harta yang ditinggalkan oleh si mati. ia jama' dari faridhah yang bermaksud pembahagian. Ilmu ini juga disebut sebagai ilmu Al-Mawarith.


Asas-asas Ilmu Faraid

1. KEUTAMAAN

Ilmu ini disebut sebagai setengah dari ilmu-ilmu.

Rasulullah bersabda: "Pelajarilah ilmu al-faraid dan ajarkanlah ilmu itu kepada manusia kerana ilmu ini adalah separuh dari ilmu syariat dan ilmu ini yang akan pertama kali dilupakan dan yang paling awal sekali dicabut dari umatku".
(riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2. SUMBER

>al-Quran

>Hadith
>Ijma'

3. TUJUAN


Tujuan utama ilmu faraid ini adalah memberi hak waris bagi yang berhak mendapatkannya.


4. FAEDAH DAN MANFAAT


Manfaat yang didapati dalam mempelajarinya adalah mendapatkan kemampuan yang boleh digunakan dalam pembahagian harta warisan diantara ahli waris sesuai dengan yang di syariatkan dalam agama.


5. PERMASALAHAN YANG DIBAHAS


Ia meliputi permasalahan kaedah-kaedah seperti pemberian bagi setiap bahagian ahli waris.


6. PERHITUNGAN


Pembahagian harta warisan serta metod penghitungannya, seperti dengan menetapkan asal masalah dan pembenaran asal masalah tersebut dalam beberapa bab serta hal lain yang berkaitan dengannya.


Oleh:
Hafiz Othman
Fiqh dan Usul Fiqh
Universiti Yarmouk, Jordan



0 ulasan: