Isnin, April 15, 2013

Mujahadah Dalam Dakwah


Kisah 1 :

Habib Umar hafizullah pergi berdakwah di luar negara. Sampai saja beliau di negara tersebut, beliau disambut dengan begitu hebat. Siap dengan buat majlis makan khusus kerana kedatangan beliau di negara tersebut. Usai majlis, Habib Umar masuk ke dalam kereta dan menangis. Ketika ditanya kenapa menangis, maka habib pun jawab "Kita berdakwah disambut dengan makanan dan majlis-majlis. Rasulullah berdakwah disambut dengan batu"

Kisah 2 :

Guru Habib Umar yakni al Habib Muhammad al-Haddad setiap kali berdakwah, semua orang menyambutnya dengan penuh hormat kerana beliau terkenal dengan alimnya dalam bidang ilmu agama. Tetapi beliau selalu berasa sedih. Anak murid beliau bertanya "kenapa engkau sedih wahai Habib?" Maka jawab beliau "kerana aku belum merasai kesusahan Rasulullah dalam berdakwah". Suatu hari, beliau pergi berdakwah di dalam di tempat lain, beliau dicemuh oleh penduduk di situ. Kali ini beliau tersenyum gembira dan berkata "barulah terasa nikmat berdakwah"

Kisah 3 :

Satu hari Habib Kazim as-Seggaf pergi ke Mukalla (lebih kurang 6 jam perjalanan dari Tarim). Beliau berdakwah di sebuah masjid di sana pada malam hari. Ketika tengah memberi tausiyah tiba-tiba lampu padam dan rupanya lampu masjid sengaja dipadamkan, ketika itulah beliau dibelasah oleh sebahagian pemuda di situ sehingga berdarah. Bila lampu dibuka, orang awam terkejut melihat keadaan beliau dan memapah beliau ke kereta.

Ketika Habib Kazim sedang memandu, beliau berasa tidak puas hati kerana keretanya masih dalam keadaan elok. Beliau pun patah balik ke masjid tersebut. Sampai saja di masjid, kereta beliau dipukul sehingga cermin pecah oleh pemuda-pemuda yang memukul beliau tadi. Kali ini habib tersenyum puas dan berkata "barulah lengkap sunnah dakwah" 

Bagaimana pula kita yang kadang-kadang apabila ada suara yang mengkritik usaha kita? Lemahnya kita kerana kurangnya cinta kita pada Rasulullah.

0 ulasan: