Sabtu, Disember 22, 2012

Kejayaan Menuntut Ilmu





Dunia dan seluruh penghuninya akan binasa sementara ilmu dan orang-orang yang memilikinya akan selalu hidup. semua tentera dan seluruh negeri akan punah, sementara buku-buku yang ditulis oleh para ulamak akan selalu menceritakan kejayaan mereka sepanjang masa. 

Lihatlah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan peninggalannya yang lebih bermanfaat bagi manusia dibandingkan dengan peninggalan dinasti Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan dinasti Turki. Tulisannya dibaca di kebanyakan rumah. Fatwa-fatwanya selalu hidup di majlis-majlis ulamak. Buku-bukunya menghiasi perpustakaan. Bahkan di era internet pun, namanya banyak sekali ditemui. Begitu juga ulamak yang lain. Nama mereka selalu abadi sepanjang masa kerana kejayaan yang abadi hanyalah ada bila kita mengikut al-Quran, Sunnah Rasullah s.a.w dan mempelajari agama.

Adapun puing-puing peninggalan, istana-istana dan bangunan semuanya akan binasa dan pudar. Maka, bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu yang bermanfaat!. Bertanya kepada orang yang berilmu! Duduklah bersama mereka! Kajilah buku-buku mereka kerana orang yang akan dikumpulkan pada hari akhirat adalah bersama otang yang mereka cintai.

Lihatlah kejayaan Imam Ahmad Bin Hanbal dan kedudukannya di hati umat Islam dari ganerasi ke ganerasi. Bandingkan nama mereka dengan raja-raja yang hidup pada masanya seperti al-Mu'tashim, al-Watsiq, dan al-Mutawakkil. Bandingkanlah, maka anda akan melihat jarak yang amat jauh antara mereka kerana ilmu. 

Imam Ahmad bin Hanbal hanya hidup miskin di sebuah rumah yang diperbuat dari tanah. Dia hanya memiliki makanan yang hanya cukup untuk hari itu sahaja, sedangkan raja-raja, mereka memiliki tentera yang tersebar luas, pembantu-pembantu, pengawal-pengawal dan penjaga. Tetapi semua kini hilang bersama hembusan angin

"Kematian telah digariskan kepada makhluk  # Betapa banyak tentera dan negeri telah hancur" 

Wahai orang yang hanya memiliki makanan yang cukup untuk hari ini sahaja. Wahai orang yang ditangannya hanya ada mushaf, Riyadhatus Salihin, dan kitab Bulugh al-Maram. Engkau telah mengetahui keutamaannya. Maka tekunilah dan kerjakanlah apa yang engkau ketahui, kerananya sesungguhnya engkau berada dalam kejayaan yang abadi dan kehidupan yang menyenangkan.

0 ulasan: