Isnin, April 06, 2015

Hak-Hak Yang Berhubung Dengan Harta Setelah Mati


Jika telah mati seseorang manusia dan ia meninggalkan harta, maka terdapat beberapa hak yang perlu dipenuhi dengan harta tersebut. Terdapat empat hak yang berkaitan dengan harta si mati.
1. Penyelenggaraan mayat
2. Hutang
3. Wasiat
4. Hak perwarisan harta

Berikut akan diperjelaskan secara terperinci berkenaan hak-hak terhadap harta setelah meninggalnya si mati beserta pandangan ulama' terhadap keutamaan dalam menyelesaikan hak tersebut.

PENYELENGGARAAN MAYAT

Penyelenggaraan terhadap si mati termasuklah daripada menyediakan peralatan yang diperlukan samaada kain kafan, bahan menyuci, proses  memandikan, mengkafankan dan menanam mayat hingga selesai. Tuntutan untuk menyelenggara mayat hingga dikuburkan adalah wajib berdasarkan dalil-dalil yang thabit.

Ulama' berbeza pendapat dalam menyusun tertib keutamaan samaada didahulukan penyelenggaraan atau hutang kerana kedua-duanya adalah darurat untuk dilaksanakan.

1. Ibnu Hazm az-Zahiri berpandangan, hutang didahulukan daripada proses penyelenggaraan si mati adalah penting kerana ia adalah salah satu bentuk dari hutang. (al-Muhalla Ibnu Hazm 9/252)

2. Ulama' jumhur yang terdiri daripada al-Hanafiyyah, as-Syafi'eyyah dan al-Malikiyyah pula berpandangan diutamakan hutang a'ini daripada penyelenggaraan mayat. (Rad al-Muhtar 6/759, al Manhaj Lil Nawawi ma'a Mughni al-Muhtaj 3/4 Nihayah al-Muhtaj 6/7, al-Syarah al-Kabir ma'a Hasyiah ad-Daisuqi 4/457)

3. Imam Ahmad Bin Hanbal pula berpandangan didahulukan penyelenggaraan keatas hutang dalam semua bentuk kerana menyelenggara si mati adalah keperluan yang dharuri yang tidak boleh diabaikan. (al-Azab al-Faidh 1/13)

Kebanyakan ulama' mengutamakan urusan menyelesaikan hutang sama ada secara keseluruhan pada pandangan Ibnu Hazm ataupun hutang a'ini disisi jumhur kerana melihat kepada realiti masyarakat yang bermudah-mudah dalam urusan kebiasaan mereka dalam menyegerakan bagi seseorang yang meninggal dunia tanpa melunaskan hutang berbanding urusan menyelenggara mayat yang merupakan adat perlu diingatkan. (al-Wadih fil Mirath hlm.12)

Bab berkenaan jenis hutang akan dijelaskan dalam bab yang berikutnya.















0 ulasan: